Viral di TikTok, pasangan influencer Mikhail Isaaq dan Hajar Hanif dikatakan telah bercerai dengan talak tiga. Sering berkongsi momen bahagia, Hajar baru-baru ini memuat naik video tentang kemelut rumah tangganya. Hajar mendedahkan suaminya telah berlaku curang dengan membawa balik seorang perempuan ke rumah dan pernah mengasarinya ketika hamil.
Tambah Hajar, kegiatan curang Mikhail itu sudah berlaku bertahun-tahun lamanya dan sebenarnya dia sudah dijatuhi cerai talak tiga hampir tujuh tahun yang lalu tanpa diketahui. Malah sepanjang itu, mereka dikurniakan cahaya mata yang berusia setahun iaitu Mikhail Darris.
Peguam Syarie Ulas Tentang Nasab Anak
“Bolehkah anak dibinkan dengan nama bapa kerana lafaz taklik tersebut? Apa status anak tersebut? Boleh ke dinasabkan ke bapanya?”
Menurut peguam Hasanah, lafaz taklik perlu dibuat pengesahan di mahkamah dalam kes pengesahan lafaz cerai taklik. Pengesahan ini akan melalui beberapa proses seperti:
- Hakim akan menyiasat fakta kes terlebih dulu
- Tarikh dan masa lafaz dilafaz
- Keadaan suami ketika lafaz
- Ayat lafaz
- Kejadian sebelum, semasa dan selepas bila pelanggaran taklik dibuat
“Perasan pada perempuan lain macam mana yang dimaksudkan sehingga boleh melanggar taklik? Siasatan ini akan dibuat secara terperinci. Termasuk Hakim bertanya pada suami faham tak talak tiga itu maksudnya apa, kesannya dan lain lagi”, kongsinya di Mingguan Wanita.
Kata Hasanah lagi, hanya mahkamah yang boleh putuskan sama ada taklik tersebut sah atau tidak, soreh atau tidak dan sebagainya. Manakala mengenai nasab anak pula, peguam syarie ini menjelaskan ianya bergantung pada tarikh pelanggaran taklik dan tarikh isteri hamil.
- Pelanggaran dibuat sebelum isteri hamil dan jika disabitkan jatuh talak pada tarikh pelanggaran berlaku, si ibu perlu failkan pengesahan sabitan nasab anak.
- Pelanggaran dibuat selepas isteri hamil, besar kemungkinan anak tersebut bernasabkan bapanya. Tetapi jika tak sabit talak itu, tak perlu buat pengesahan nasab anak.
Tambahnya lagi, apa pun status nasab anak, ia boleh dinasabkan kepada ayahnya iaitu wati’ syubhah. Wati’ syubhah adalah anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang berlaku bukan dalam