Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentStesen Radio Patuh Arahan JAIS, Ustaz Don Tidak Akan Muncul Dalam Segmen...

    Stesen Radio Patuh Arahan JAIS, Ustaz Don Tidak Akan Muncul Dalam Segmen ‘Don Give Up’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal tidak akan muncul dalam segmen Don Give Up di stesen radio Suria FM yang bersiaran setiap Jumaat menerusi slot Morning-Morning Suria dari jam 8 hingga 9 pagi, buat masa ini.

    Tidak bersiaran seperti biasa

    Menerusi laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat bagi menghormati dan mematuhi arahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Pihak stesen radio akan memaklumkan perkembangan lain dari semasa ke semasa.

    Buat masa ini, Ustaz Don Daniyal iaitu penyampai jemputan bagi segmen Don Give Up, tidak bersiaran seperti biasa sehingga keputusan rasmi daripada pihak Jais.

    Kami akan sentiasa menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa dan akan memaklumkan perkembangan mengenai perkara ini.

    Difahamkan, ustaz Don tidak akan muncul bersiaran dalam segmen berkenaan mulai hari ini sehinggalah keputusan rasmi daripada pihak Jais.

    Menerusi kenyataan yang sama, pihak pengurusan stesen radio menjelaskan bahawa mereka sudah pun berbincang dan memaklumkan mengenai perkara itu kepada pihak ustaz Don.

    Sekadar info, ustaz Don mengendalikan segmen Don Give Up bermula 1 Januari 2023 yang memerlukan dia menjawab persoalan mengenai kemusykilan agama daripada pendengar radio yang bersiaran setiap Jumaat.

    Terdahulu, media melaporkan Jais sudah mengeluarkan arahan pada 21 Jun lalu kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan serta tidak mengundang Don Daniyal.

    Menurut pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, ketetapan dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama yang disampaikan Don Daniyal disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

    Ustaz Don juga pernah ‘direhatkan’ daripada bersiaran di RTM untuk program Salam Baitullah 2024 terbitan stesen televisyen itu pada 5 Jun lalu, susulan isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

    ALSO READ:  [VIDEO] Sophia Albarakbah Cuba Kuatkan Diri Demi Kerjaya, Mengaku Masih Kena B*li Di Media Sosial

    Keputusan itu imaklumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi perkongsian dibuatnya dalam hantaran ciapan di laman sosial X.

    Langkah tersebut dibuat oleh RTM selepas ustaz Don dikritik beberapa pihak berikutan dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW semasa bersiaran di radio.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts