Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Stress Terima Mesej Tak Senonoh”-Ara Johari Bersyukur Tidak Terima Gangguan Seksual Dari...

    “Stress Terima Mesej Tak Senonoh”-Ara Johari Bersyukur Tidak Terima Gangguan Seksual Dari Wanita

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi muda berbakat, Ara Johari, atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, meluahkan rasa syukur kerana tidak pernah menerima mesej berbaur gangguan seksual daripada golongan wanita di media sosial.

    Meskipun begitu, Ara masih trauma dengan insiden di mana tangannya dicium oleh seorang lelaki selepas membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan, tahun lalu.

    “Setakat ini, syukur saya belum pernah lagi terima DM (mesej secara peribadi) yang tidak senonoh daripada golongan wanita di media sosial melainkan kebanyakannya adalah pengikut lelaki.

    “Mereka (pengikut lelaki) itu bukan saja menghantar mesej tidak senonoh, tetapi ada juga saya terima gambar-gambar tidak elok yang buatkan saya rasa ‘stress’ juga,” kata penyanyi lagu Bunga ini.

    Menurut Ara, situasi menerima DM tidak senonoh daripada pengikut lelaki di media sosial adalah perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan artis wanita sepertinya.

    “Sebenarnya, ramai saja artis wanita lain yang mungkin terkena macam apa saya pernah dapat itu (mesej tak senonoh), tapi saya kini sangat berhati-hati apabila membuat perkongsian di media sosial”.

    “Kalau nak buat ‘posting’ (hantaran) di media sosial pun, saya elakkan memberi maklumat terperinci seperti acara disertai itu, lokasinya dan masa berlangsung,” katanya, menyifatkan pentingnya menjaga keselamatan diri sendiri”.

    Mengulas mengenai penampilan dirinya yang kini lebih feminin, Ara berkata perubahan itu bukanlah disebabkan mahu mengelak daripada menerima mesej gangguan seksual di media sosial.

    “Apabila saya tukar penampilan diri yang mungkin nampak lebih feminin ini, bukanlah sebagai satu sebab untuk tidak menerima lagi mesej tidak senonoh itu. Terus-terang, saya tetap ada menerimanya (mesej) sebab mungkin nafsu lelaki sebegitu’.

    “Malah, saya pun tak tahulah kenapa mereka (pengikut lelaki di media sosial) macam ‘berselera’ sangat dengan saya untuk diganggu,” ujarnya.

    ALSO READ:  “Jom Call, Nak Call”- Isteri Sarat Hamil, Da’i Syed Didakwa Ajak Wanita Lain Ke Dubai
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts