Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSuami Akhirnya Terbuka Hati Benarkan Menyanyi Semula, Mila Jirin Kini Kembali Ke...

    Suami Akhirnya Terbuka Hati Benarkan Menyanyi Semula, Mila Jirin Kini Kembali Ke Studio Untuk Merakamkan Lagu Baru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nama juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin pernah meniti di bibir peminat ketika lagunya Persis Mutiara dan Aku Lebih Tahu popular tidak lama dulu.

    Lepas berumah tangga dan bergiat dalam perniagaan dewan perkahwinan, Mila  seakan-akan menyepikan diri.

    Hakikatnya, kata pemilik nama sebenar Noorsyarmilla Jirin ini, tidak mungkin dia melupakan bidang nyanyian kerana sudah sebati dengan dirinya.

    Terkini, setelah enam tahun menyepi, Mila Jirin kembali masuk ke studio untuk merakamkan lagu baru.

    Berita itu dikongsikan Mila atau Noorsyarmilla Jirin, 35, menerusi sebuah video di Instagram baru-baru ini.

    “Saya sudah lama tidak masuk ke studio. Kali terakhir saya merakam lagu adalah sekitar enam tahun lalu.

    “Tapi semua ini demi sokongan yang diberikan serta luahan peminat yang rindu nak dengar buah tangan terbaharu saya,” tulisnya.

    Juara Akademi Fantasia musim kelima itu juga gembira kerana hasrat itu disokong suaminya, Isz Mustapha.

    Bukan itu sahaja, Mila turut mendapatkan khidmat penyanyi, Amylea Azizan untuk menghasilkan lagu kemunculan semulanya dalam industri hiburan.

    “Lagu itu sedap sangat. Semalam proses siapkan demo,” katanya yang masih berteka teki judul lagu berkenaan.

    Dalam pada itu, ramai rakan artis yang teruja dengan pengumuman Mila Jirin dan tidak sabar untuk mendengar lagu terbaharunya itu.

    Sebelum ini Mila mendedahkan kepada media bahawa dia rindu untuk menyanyi bagaimanapun masih berusaha mendapatkan kebenaran daripada suami.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts