Umum mengetahui bahawa sebelum ini pengacara dan pelakon Daphne Iking memaklumkan mengenai keputusannya untuk tampil berhijab.
Memilih Untuk Bertudung
Daphne Iking juga mendedahkan bahawa dia mula mengenakan tudung sejak Oktober 2021 yang mana pada awalnya hanya untuk menutup uban di kepala ketika keluar rumah.
Menurut Kosmo, selepas seminggu bertudung menggunakan topi selam, dia ada pergi berenang dengan memakai bikini tetapi mengakui sangat janggal.
Akhirnya, dia mengambil keputusan menjual semua pakaian seksi miliknya selepas mendapat persetujuan daripada suaminya, Azmi Abdul Rahman yang turut memberi sokongan penuh kepadanya untuk bertudung.
Terbaru, satu muat turun oleh Azmi mendapat perhatian dari warga net mengenai cara pemakaian isterinya itu.
Suami Tampil Beri Sokongan Kepada Daphne Iking
Dalam hantaran tersebut, Azmi menjelaskan bahawa kebelakangan ini isterinya sering menerima ‘DM’ bahawa peminatnya ingin ‘unfollow’ Daphne disebabkan cara pemakaiannya yang berbeza dari sebelum ini.
Kebelakangan ini, Daphne Iking ada menerima DM daripada orang bodoh yang mahu berhenti daripada mengikutinya kerana sekarang ini dia telah berpakaian berbeza.
Bagus! Bukan boleh bawa dalam kupur pun banyak pengikut.
Malah Azmi juga turut memklumkan bahawa tindakan individu yang mahu ‘unfollow’ Daphne Iking adalah tindakan yang bagus kerana pengikut yang ramai sekalipun tidak boleh bawa ke kubur.
Malah tegas Azmi, walau macam mana pun Daphne berpakaian atau menguruskan penampilan, Daphne merupakan seorang individu yang memiliki hati yang baik.
Bukan itu sahaja, Azmi juga memklumkan bahawa isterinya itu sentiasa mempunyai perangai yang sopan, mempunyai nilai profesinalisma dalam kerjaya sebagai pengacara dan dia mengharapkan agar pengikutnya tidak perlu tertekan dengan penampilan Daphne dan berhenti daripada mengejeknya.