Sekadar gambar hiasan
Seorang suami mengaku menyimpan mayat isterinya di sebuah bilik kerana menyayangi dan masih mahu bersama wanita itu.
Suami bunuh isteri
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Detik.com, lelaki yang dikenali sebagai Sahir telah membunuh isterinya, Zakilah selepas membaca pesanan WhatsApp antara wanita itu dengan seoraang lelaki.
Masa kejadian, saya tengok isteri mesej dengan lelaki lain dan bila tanya, isteri mengaku dah bercinta dengan lelaki itu. Dia juga mengaku dah melakukan hubungan badan.
Menurut polis Indonesia, berlakunya perbalahan antara mereka sehingga suspek nekad mengakhiri hayat isterinya. Suspek kemudian membungkus mayat tersebut menggunakan enam lapisan barang termasuk selimut, plastik, telekung dan sebagainya.
Suspek kemudian meletakkan mayat isterinya di dalam sebuah bilik sebelum akhirnya diketahui jiran tetangga termasuk ahli keluarga yang terhidu bau busuk.
Mereka kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan mayat tersebut dan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketika disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh isterinya pada 6 Ogos lalu dan menyimpan mayat itu selama seminggu.
Saya tak laporkan kerana masih sayangkan isteri dan nak sentiada ada dengan dia (walaupun dah jadi mayat). Saya simpan saja di rumah.
Suspek bakal dikenakan hukuman 15 tahun penjara kerana membunuh.