Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSuami Dikurung Selama 12 Tahun oleh Isteri, Guna Kotak sebagai Tandas

    Suami Dikurung Selama 12 Tahun oleh Isteri, Guna Kotak sebagai Tandas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gambar sekadar hiasan

    Seorang wanita di Karnataka, India mendakwa dirinya dikurung oleh suami di dalam rumah selama 12 tahun.

    Menggunakan kotak kecil

    Menerusi laporan India Today, wanita tersebut enggan untuk membuat laporan terhadap suaminya dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibu bapanya.

    Wanita itu mendakwa dia akan menggunakan kotak kecil untuk membuang air kecil dan besar semasa dikurung di dalam rumah.

    Menurutnya, anak mereka akan menunggu di luar rumah selepas pulang dari sekolah sehingga suaminya pulang dari kerja dan akan membenarkan mereka masuk.

    Sudah 12 tahun saya berkahwin. Dia selalu mengurung saya di dalam rumah dan menyeksa saya. Tiada siapa di kawasan itu akan menyoalnya.

    Anak saya bersekolah. Tetapi mereka kekal di luar sehingga suami saya pulang dari kerja. Saya akan memberi mereka makanan melalui tingkap.

    Sementara itu, seorang pegawai kanan polis berkata bahawa wanita itu telah dikurung selama dua hingga tiga minggu lepas sahaja.

    Pergerakannya dihadkan. Dia pernah melawat rumah ibu bapanya pada masa lalu.

    Tambah pegawai tersebut, wanita itu merupakan isteri ketiga kepada suaminya.

    Selepas diselamatkan, wanita itu diberi kaunseling dan ingin menyelesaikan masalah rumah tangganya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts