Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSuami Guna Alasan ‘Join’ Tabligh Kantoi Curang Dengan Wanita Seksi, Siap Ceraikan...

    Suami Guna Alasan ‘Join’ Tabligh Kantoi Curang Dengan Wanita Seksi, Siap Ceraikan Isteri Talak 3 – ‘Ini Bukan Kali Pertama Dia Curang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di aplikasi X, tular satu hantaran memaparkan seorang suami yang kantoi curang bersama wanita lain sehingga tergamak menceraikan isterinya dengan talak tiga.

    Alasan ‘join’ tabligh

    Menerusi perkongsian dibuat individu bernama @ricxxxkiddo, dapat dilihat perbualan WhatsApp si suami yang memberikan alasan mahu keluar menyertai jemaah tabligh selama tiga hari kepada isterinya.

    Si suami juga memaklumkan kepada isteri bahawa dia akan mematikan telefon pintar bagi memudahkannya beribadah secara khusyuk sepanjang tiga hari menyertai jemaah tabligh.

    Sayang, harini baby ‘join’ tabligh tau. Baru teringat dan terlupa nak bagitahu semalam, doakan baby ya.

    Saja lah ‘join’ mereka yang terjumpa di masjid baru-baru ini.

    Baby akan matikan telefon tau sebab nak cuba belajar tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian) ke jalan Allah.

    Rupanya curang!

    Namun begitu, perbuatan si suami akhirnya terbongkar apabila si isteri mendapati lelaki berkenaan keluar sambil berpimpin tangan bersama seorang wanita di sebuah bangunan.

    Menerusi video yang tular, dapat dilihat si suami yang mengenakan baju putih berseluar pendek berona hitam sedang keluar bersama seorang wanita yang  berpakaian baju paras paha.

    Mula-mula talak 3, lepas itu 1 pula?

    Setelah perbuatannya itu terbongkar, si suami lantas menceraikan si isteri yang sedang menunggu di dalam kereta dengan talak tiga.

    Apa yang menggeramkan wargamaya ialah, lelaki berkenaan dilihat seakan mempermainkan lafaz cerai apabila memaklumkan pula dirinya hanya menceraikan isterinya itu dengan talak satu selepas kantoi berlaku curang.

    Betul-betul dah tak nak dah ke? Kalau macam itu, saya ceraikan awak dengan talak tiga, eh talak satu.

    Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga berang dengan tindakan lelaki berkenaan yang sanggup menggunakan nama agama mengatakan dirinya mahu menyertai kumpulan jemaah tabligh hanya semata mahu berlaku curang kepada isterinya.

    ALSO READ:  Kenali Zuhair Murad, Pereka Gaun Pengantin Anisha Rosnah – Pernah Bekerjasam Bersama Adele, Taylor Swift Dan Selebriti Hollywood

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts