Pada malam Isnin, industri hiburan dikejutkan dengan berita perceraian penyanyi, Datuk Nora Ariffin dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Dicerai tanpa sebab?
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, penyanyi berusia 51 tahun itu membuka mulut dan tampil menjelaskan mengenai perceraian tersebut.
Menurut Nora, Rushdi tidak bersalah di dalam urusan perpisahan mereka kerana dakwanya hanya mengikut arahan namun tidak didedahkan identiti.
Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.
laitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti.
Saya tergamam tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku.
@official Tiada angin tiada ribut, penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin telah diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli ? # #sembangentertainment #noraariffin #cerai ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, Nora telah diceraikan talak satu oleh Rushdi menerusi rakaman video yang telah dimuat naik di Instagram.
Untuk info, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Nora kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya itu yang juga merupakan sahabat baik arwah suaminya.