Nama suami kepada penyanyi, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sekali lagi menjadi sebutan warganet di media sosial.
Investor Alert List
Di X, seorang individu mendakwa Mahadi telah tersenarai dalam Senarai Amaran Pelabur (Investor Alert List) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Berdasarkan info di website, Mahadi didakwa menjalankan aktiviti pasaran modal tidak berlesen untuk berurus niaga dalam sekuriti berhubung dengan pemasaran saham Syarikat Awam Tidak Tersenarai.
Gelaran Datuk Seri?
Sementara itu, individu terbabit turut membuat semakan penerima darjah kebesaran bintang dan pingat. Namun, nama Mahadi Badrul Zaman tiada dalam rekod.
Sebelum ini, Mahadi pernah dituduh melakukan penipuan melalui perniagaan yang dijalankan. Bagaimanapun, Mahadi menepis dan menegaskan tuduhan itu fitnah semata-mata.
Di samping itu, seorang individu juga pernah mendedahkan gelaran Datuk Seri yang dimiliki Mahadi adalah palsu pada tahun 2022.