Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita tergamak mengkhianati suaminya dengan melakukan hubungan terlarang bersama lelaki lain sehingga melahirkan anak.
Pengakuan si isteri
Gambar sekadar hiasan
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, seorang individu berkongsi situasi sepasang suami isteri yang sedang berada di dalam mahkamah untuk proses perceraian.
Paling mengejutkan adalah anak yang disangka darah dagingnya sendiri rupa-rupanya hasil perhubungan si isteri bersama dua orang lelaki lain.
Pagi ini kes tuntutan cerai suami pada isteri. Pasangan ini sudah berkahwin tiga tahun dan mempunyai dua orang anak.
Tapi malangnya kedua anak-anak tersebut tiada asid deoksiribonukleik (DNA) ayahnya. Lebih memeranjatkan anak-anak itu mempunyai DNA yang berlainan.
Maksudnya dua ayah satu ibu.
Di hadapan hakim, si suami tersebut berasa sangat kecewa kerana dia terlalu inginkan cahaya mata namun tidak menyangka dia telah ditipu oleh isteri.
Tuan hakim, kedua-dua anak ini bukan dari saya tuan. Ya, saya memang teringin sangat nak anak, tapi saya ditipu hidup-hidup.
Perkara begini dia boleh kata tak sengaja? Apa jenis hati pun saya tak tahu dia ni.
Wanita berkenaan kemudian mengakui bahawa dia tidak sengaja melakukan hubungan terlarang itu di belakang suaminya.
Betul tuan hakim, saya tak sengaja.
Hakim berkenaan hanya tersenyum sinis mendengar jawapan tersebut lalu meminta lelaki berkenaan melafazkan talak kepada isterinya.