Sekadar gambar hiasan
Setiap anak yang dilahirkan yang berbeza bagi setiap rumah tangga.
Suami pentingkan diri
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, seorang individu bernekad untuk tidak mahu mempunyai anak.
Ujarnya, jawapan suami tidak menyakinkan untuk mereka menimang cahaya mata.
Saya buat keputusan untuk childfree lepas dengar jawapan suami.
Kami bincang kalau saya berhenti kerja nanti saya yang kena jaga anak dan kemas rumah.
Suami cakap balik kerja dia main telefon sebab itu je masa dia ada untuk berehat.
Dalam pada itu, individu tersebut menyatakan bahawa suaminya merupakan seorang ‘gamer’.
Kes cerai
Sekadar gambar hiasan
Berkongsi lanjut, individu terbabit enggan mengambil risiko masalah gangguan mental dengan pelbagai kes yang dilihat saban hari.
Saya boleh bayangkan nanti macam mana.
Saya takut meroyan sebab suami tak membantu jaga anak.
Saya faham balik kerja penat, tapi jaga anak, kemas rumah dan memasak berkali ganda penat.
Lagipun baru ini, ada kenalan yang bercerai sebab penat kerja dan anak masih kecil.