Di Instagram, selebriti media sosial Caprice membuat pendedahan mengenai seorang ustaz yang didakwa menghantar foto dan video onani kepada seorang wanita yang juga merupakan isteri orang.
Minta tolong
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, suami kepada mangsa meminta bantuan Caprice untuk mendedahkan tingkah laku lelaki terbabit.
Menurut dakwaan suami mangsa, ustaz tersebut mengganggu isterinya di TikTok, Whatsapp dan juga Facebook. Lebih teruk, suami mangsa mendakwa lelaki itu turut menghantar gambar sedang beronani sambil zikir nama mangsa.
Berikutan daripada itu, Caprice mendedahkan bahawa nombor yang digunakan oleh individu berkenaan didakwa sama dengan poster umrah yang pernah dikeluarkan.
Kes baru. Kami jumpa nombor dia guna untuk hantar video adalah nombor sama dekat poster umrah dia. Same number. Same face. InsyaAllah mangsa dan keluarga mangsa dapat keadilan.
Ujar Caprice, mangsa dan keluarga akan mendapat keadilan berhubung kes ini.
Menerusi pemerhatian pihak , Caprice turut memberi peringatan mengenai pihaknya tidak akan bertanggungjawab secara langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh netizen.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Caprice, Ariz Ramli, dan syarikat juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.