Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSuami Nabila Razali Tidak Kritikal Pada Makanan, Bersahur Hanya dengan Kurma

    Suami Nabila Razali Tidak Kritikal Pada Makanan, Bersahur Hanya dengan Kurma

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi Nabila Razali akui gementar apabila pertama kali menyambut Ramadan sebagai seorang isteri.

    ‘Suami juga tidak cerewet’

    Ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu ‘Raya Mana?’ pada Khamis, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali berkata, dia akan memasak untuk bersahur dan berbuka sekiranya mempunyai kelapangan masa.

    Saya memang gementar dan hari pertama berpuasa saya mula masak pukul 2 pagi sebab risau tak sempat nak masak dan terlajak tidur. Selepas selesai memasak, kami bersahur sekitar 3 pagi.

    Tapi sekarang saya dah tahu bahagikan masa, bangun lewat sedikit. Pukul 4 pagi bersahur.

    Dalam pada itu, Nabila menyifatkan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39, seorang yang tidak cerewet dalam memilih makanan.

    Suami juga tidak cerewet. Kami selalu makan lewat malam dan dia (suami) senang je, bersahur dengan kurma sahaja. Tapi saya sebagai isteri mestilah rasa nak masuk untuk suami.

    Bercerita mengenai kerjayanya sepanjang bulan Ramadan, Nabila meluahkan rasa syukur atas nikmat dan rezeki yang diberikan. Pelantun lagu Pematah Hati itu turut menyifatkan rezeki selepas berkahwin sangat luar biasa.

    Dalam bulan Ramadan ni, Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat. Rezeki selepas berkahwin tu na, suami nabila razali, nik iruwan, lain macam sikit.

    Saya baru keluarkan lagu raya berjudul Raya Mana, produk (Madew) dan tudung (scarf by Nabila Razali). InsyaAllah selepas raya, saya akan masuk set semula untuk berlakon selain meneruskan bisnes. Semoga dipermudahkan.

    Sekadar info, Nabila Razali telah melancarkan lagu raya pertamanya berjudul ‘Raya Mana?’ ciptaan Ezra Kong. ‘Raya Mana’ yang merupakan kerjasama Nabila Razali Entertainment dan Warner Music Malaysia boleh didengari di pelantar digital utama iaitu Spotify, Apple Music dan Youtube manakala video muzik boleh ditonton di saluran YouTube Nabila Razali bermula 22 Mac 2023.

    ALSO READ:  [VIDEO] Syura Kongsi Keadaan Suami Di Hospital, Wajah & Tangan Dibalut – ‘Percayalah Akan Ada Pelangi Untuk Kita Nanti’

    Terdahulu, Nabila dan Nik Iruwan selamat bernikah pada 18 November tahun lalu pada majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat masing-masing.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts