Industri seni dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan penyair terkenal, Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan bin Abdul Rahman yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau di Hulu Kelang, sebentar tadi.
Berita pemergian Allahyarham itu telah disahkan oleh isterinya, menerusi hantaran di laman Facebook milik arwah.
“Suami saya, Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. Kembali kepada penciptaNya.
Maafkan kesalahannya, doakan yang baik-baik untuk nya.”-tulis isteri Allahyarham di Facebook
Dibanjiri Ucapan Takziah & Doa
Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan ucapan takziah serta ramai yang menitipkan doa buat Allahyarham Pyanhabib.
“Turut berduka.”
“Salam Takziah. Semoga Abang Pyan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.”
“Innalillahiwainnalillahirajiun salam takziah buat kalian sekeluarga. Alfatihah…”
“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin ya mujib.”
“Moga Allah ampuni dan rahmati Almarhum Brader Pyan. Salam takziah buat seluruh keluarga. Moga dimudahkan segala urusan.”
“Salam Takziah Buat keluarga.”
Selain aktif dalam menulis dan membaca puisi, Allahyarham Pyanhabib pernah berlakon beberapa filem termasuklah Kembara Seniman Jalanan, Tsu Feh Sofiah, Rozana Cinta 87, Tak Kisahlah Beb, Mat Som, Rock Oo!, Apokalips X, dan Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium.