Usahawan sensasi, Kak KM bercadang untuk mengupah pengawal peribadi menjaga keselamatannya lebih-lebih lagi selepas isu rumahnya dipecah masuk, pada Mac lalu.
‘Saya nak pengawal lelaki’
Kak KM atau nama lengkapnya, Liana Rosli tidak sangka menerima permohonan yang agak menggalakkan daripada individu yang berminat untuk menjadi pengawal peribadinya.
Saya ini memilih orangnya. Saya tak suka orang yang banyak bercakap dan sukar memberi komitmen terhadap kerja.
Tambah anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini lagi, hasratnya itu tidak kesampaian dek suaminya, Razman Ramli yang cemburu.
Suami cakap tak perlu upah pengawal keselamatan dan biar dia saja jaga saya. Saya kata tak boleh sebab siapa pula nak jaga anak dekat rumah?
Saya nak pengawal lelaki. Takkan perempuan. Nanti saya pula kena jaga dia.
Lelaki saja boleh lindungi wanita dan kalau boleh biarlah sedap mata memandang dan rupanya elok. Suami pula cemburu, sudahnya tak payah ada pengawal peribadi.
Pada 4 Mac lalu, rumah Kak KM dipecah masuk oleh beberapa individu dan sebuah peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai termasuk beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik Kak KM telah dilarikan.
Penahanan empat individu terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki membawa kepada penemuan barang kemas milik usahawan berkenaan di sebuah rumah di Batu Pahat, Johor yang dianggarkan RM2.1 juta.