Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Suatu Hari Kalian Akan Faham Nikmat Panggilan Ibu Bapa”-Achey Sifatkan Trend Childfree...

    “Suatu Hari Kalian Akan Faham Nikmat Panggilan Ibu Bapa”-Achey Sifatkan Trend Childfree Sebagai Ideologi Bodoh

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelawak popular, Achey, atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 37, meluahkan rasa kecewanya terhadap trend terkini di mana pasangan muda memilih untuk tidak mempunyai anak atas prinsip ‘childfree’.

    Achey menganggap ideologi ini sebagai kurang bijak dan sangat menyentuh perasaannya, terutama memandangkan dia dan isterinya telah lama berjuang untuk dikurniakan zuriat.

    “Itu adalah ideologi yang bodoh. Banyak lagi perkara lain yang boleh kau benci atau tak suka. Tetapi kenapa perlu melibatkan cahaya mata. Secara tidak langsung kau telah mengguriskan hati pejuang-pejuang macam saya,” ujar Achey dalam satu rancangan hiburan.

    “Achey berkongsi bahawa menurut sains dan perubatan, isterinya tidak boleh hamil kerana telah menjalani prosedur pemotongan kedua-dua tiub fallopio.”

    “Kecuali diizinkan Allah,” tambahnya.

    Achey berharap suatu hari pasangan yang mengamalkan prinsip ‘childfree’ ini akan berubah fikiran dan merasakan nikmat sebenar menjadi ibu bapa.

    “Saya percaya suatu hari kalian pasti akan faham apa itu nikmat sebenar yang dipanggil seorang ibu bapa,” katanya.

    Selain itu, Achey turut mempersoalkan nilai kemanusiaan dalam diri pasangan tersebut dan meminta mereka untuk merenung dan muhasabah diri.

    “Saya tidak setuju jika mereka berdua kata memang tidak mahu ada anak, tetapi kalau mereka kata merancang belum mahu ada sehingga ada ekonomi yang kukuh, itu saya boleh terima.”

    Achey turut mengingatkan pasangan tersebut mengenai perasaan ibu bapa mereka.

    “Mana nilai kemanusiaan kau. Saya masih ingat apa yang dikatakan mereka ‘nanti anak macam mana, siapa nak jaga, kalau dah besar nanti perangai bagaimana.’ Cuba renung balik perangai kalian apabila kata begitu. Pasti mak ayah kau kecewa dengan kenyataan kalian,” tuturnya.

    Achey telah berkahwin dengan Nor Hasanah Yahya sejak 2011 namun belum dikurniakan cahaya mata meskipun sudah 14 tahun berkahwin. Bagaimanapun, pasangan ini mempunyai seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah.

    ALSO READ:  Remaja 14 Tahun Dinoda Pak Cik Sampai Hamil Kembar, Keluarga ‘Back Up’ Sebab Bapa Saudara Kerja Arkitek

    Isu ini timbul selepas kenyataan daripada pasangan suami isteri yang mengamalkan konsep kehidupan tanpa zuriat tular dan menjadi perdebatan ramai. Pasangan tersebut merancang untuk tidak mahukan zuriat dan berpendapat kehadiran anak dalam rumah tangga sebagai bebanan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts