Sebelum ini pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan dan pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Mula Buat Pinjaman Tahun 2017
Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017.
Selepas itu, bahagian undang-undang Mara dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.
Dikatakan, pinjaman Mara berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya itu sebagai penjamin
Atas kejadian tersebut juga, pelbagai spekulasi yang telah timbul dan ada juga yang menyatakan bahawa Che Ta telah melangsaikan hutangnya sebelum ini.
Sudah Langsai Hutang
Terbaru satu hantaran di Instagram story milik Che Ta seakan-akan menjawab persoalan mengenai pembayaran balik dan hutang bersama MARA tersebut.
Mummy, Mummy dan bayar MARA ke?
Dah! Kenapa Sayang?
Tak, tanya je. So dah tiada apa-apa ke dengan diorang?
Alhamdulillah.
Tak… Aisyah sedih tengok ramai orang mengata mummy. I love u mummy.
Dalam perkongsian tersebut, Che Ta menjelaskan kepada anaknya bahawa dia sudah membuat pembayaran MARA.
Menerusi perbualan sama, Aasiyah turut meluahkan rasa simpati terhadap ibunya apatah lagi ramai mengata ibunya itu.
Dalam pada itu, Rozita juga turut menzahirkan perasaan terharu apabila melihat anaknya sudah membersar dan sudah mula bimbang akan ibunya itu.