Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSudah Lima Tahun Tak Berlakon, Julia Ziegler Nafi Tinggalkan Dunia Seni

    Sudah Lima Tahun Tak Berlakon, Julia Ziegler Nafi Tinggalkan Dunia Seni

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita Julia Ziegler menafikan dakwaan netizen berhubung dirinya sudah meninggalkan industri seni tanah air.

    Minat bidang lakonan

    Menurut Julia, dia sangat meminati bidang lakonan dan belum berfikir untuk meninggalkan bidang tersebut.

    Meskipun sudah lama tidak diundang ke acara hiburan dan berasa seolah-olah sudah dipinggirkan dari industri seni, Julia mengakui bahawa sudah lima tahun dia tidak berlakon.

    Saya masih meminati bidang lakonan dan belum meninggalkan bidang seni walaupun sudah lima tahun tidak berlakon. Rindu, siapa yang tidak rindu? Di rumah hanya hadap kuali dan dapur sahaja.

    Kali terakhir, saya berlakon ialah watak cameo pada tahun lalu. Ia hanya membabitkan dua tiga babak sahaja dan penggambaran dilakukan pada hujung minggu.

    Disoal mengenai aktiviti yang dilakukan sekiranya tidak diberi tawaran berlakon, pelakon ‘Jangan Tegur’ ini berkata, dia sedang memberikan tumpuan pada anak-anak selepas berumah tangga.

    Masa aktif berlakon dulu, saya tidak berhenti dari penggambaran drama dan filem.

    Selepas selesai penggambaran di Kedah boleh sambung ke Johor pada keesokan harinya tanpa sebarang masalah.

    Namun, kini, saya terpaksa memberi keutamaan kepada dua anak yang masih kecil berusia 4 dan 5 tahun di rumah kerana ketiadaan pengasuh.

    Diusik mengenai watak yang diidamkan sekiranya diberi tawaran pada masa akan datang, Julia secara ringkas menjawab, dia tiada masalah jika ditawarkan watak emak sekalipun.

    Saya pernah bawa watak ibu kepada pelakon Raja Farah sebelum ini. Saya juga sudah melakonkan bermacam watak termasuk penyondol pada zaman muda dulu.

    Jadi, saya harap ada penerbit dan pengarah yang sudi tawarkan saya berlakon selepas ini.

    Sekadar info, Julia Ziegler mendirikan rumah tangga dengan jurutera mekanikal berdarah Melayu-Jerman dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang zuriat.

    ALSO READ:  [VIDEO] Eyra Hazali Kecewa Dengan Sikap Segelintir Ibu Bapa Rasa ‘Terpaling’ Bagus Membesarkan Anak-Anak

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts