Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sudah Tiba Masanya Behar Undur Diri…”- Pesanan Azhar Sulaiman Buat Leona Raih...

    ‘Sudah Tiba Masanya Behar Undur Diri…”- Pesanan Azhar Sulaiman Buat Leona Raih Perhatian Netizen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua sedia maklum bahawa personaliti media sosial, Kasih Iris Leona yang merupakan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman sebelum ini sering menjadi tumpuan kerana imej ditampilkan pempengaruh itu sering dikritik netizen.

    Sering Menerima Kecaman Netizen

    Malah bukan itu sahaja, sebelum ini boleh dikatakan setiap tindak tanduk yang dilakukan oleh Leona sering kali dikecam dan menjadi bahan kutukan warga net.

    Susulan itu, Azhar Sulaiman juga pernah tampil dengan muat naik video di Instagram mengenai nasihatnya kepada anaknya itu.

    Azhar turut menyatakan bahawa ‘rahsia’ untuk terus dikenali dan diingati peminat adalah sentiasa sensitif dan peka dengan apa yang ditunjukkan dalam media sosial.

    Azhar juga berharap agar anaknya itu baik-baik sahaja ketika berada di luar negara dan belajar sesuatu daripada kontroversi tersebut.

    Netizen Mula Mengenali Leona

    via Instagram Azhar Sulaiman

    Saban hari, netizen mula menerima dan mengenali peribadi Leona yang sebenar apabila dia mula muncul dalam pelbagai rancangan terutamanya ‘podcast’ yang seringkali menunjukkan diri sebenar Leona.

    Seringkali apa yang dimuat naik oleh Leona atau berkaitan denggannya sering menjadi perhatian dan menerima pujian dari warga net.

    Atas penerimaan oleh warga net itu, satu muat naik gambar yang dikongsikan oleh Azhar Sulaiman yang terbaru raih pujian dan perhatian netizen.

    Pesanan Azhar Sulaiman Raih Perhatian

    Dalam muat naik tersebut Azhar menyatakan bahawa sudah masanya untuk dia berundur diri dari pandangan umum kerana anak kembarnya Rees dan Leona sudah tahu membawa diri apabila berada ‘diluar’.

    Mungkin sudah tiba masanya Behar mengudurkan diri dari Public Eyes.

    My Twins, Rees & Leona nampaknya sudah tahu membawa diri dan terbang sendiri.

    Nasihat Daddy… Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat dan sentiasa bersikap seperti Padi.

    Malah Azhar turut meninggalkan pesanan buat anaknya supaya menjadi golongan yang berguna kepada masyarat dan sentiasa mengikut resam padi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Shaheizy Sam Termenung Lihat Barang Habis Dijual, Cetus Perhatian!-“Taktau Nak Jual Apa Dah Sayang”

    Komen tersebut mendapat perhatian warga net dan ramai yang memuji dengan nasihat Azhar dan ada juga yang mengharapkan agar Azhar untuk terus melakukan apa yang sedang dilakukan olehnya buat masa ini.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts