Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSudah Tidak Berhak Pantau Atau Tegur Untuk Jaga Solat 5 Waktu, Datuk...

    Sudah Tidak Berhak Pantau Atau Tegur Untuk Jaga Solat 5 Waktu, Datuk Red Maklum Tempoh Idah Dengan Datin Red Telah Berakhir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Adnan Abu, atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, telah memaklumkan bahawa tempoh idah bersama bekas isterinya, Sharifah Norshafila Hashim, telah berakhir semalam.

    Datuk Red, yang kini berusia 46 tahun, menyatakan bahawa dia tidak menyangka tempoh tersebut berlalu dengan begitu pantas.

    Dalam siaran langsung di TikTok, Datuk Red berkongsi perasaan dan alasan mengapa dia perlu mengumumkan perkara ini secara terbuka.

    “Hari ini (semalam) berakhir tempoh idah, tamatlah perkahwinan 19 tahun yang kami bina. Tidak sangka tempoh idah ini habis dengan cepat. Saya kena umumkan ini kerana takut nanti kalau ada yang nampak dia keluar rumah menimbulkan fitnah pula,” katanya.

    Datuk Red menjelaskan bahawa dengan pengumuman tersebut, dia berharap dapat mengelakkan sebarang fitnah terhadap bekas isterinya apabila dia dilihat melakukan sebarang aktiviti luar selepas ini.

    “Selepas ini kalau nampak Fila (Sharifah) keluar berjalan-jalan-jalan, dia bukan tanggungjawab saya lagi,” tambahnya.

    Walaupun perkahwinan mereka telah berakhir,Datuk Red tetap mendoakan yang terbaik untuk bekas isterinya.

    “Saya doakan dia semoga bahagia dan berjaya. Kalau dia bertemu jodoh, saya tak boleh buat apa lagi. Saya doakan dia jaga batasan, jaga aurat dan paling penting solat lima waktu. Saya pun tak boleh nak pantau, jaga atau tegur dia lagi, pandai-pandailah jaga diri,” jelasnya.

    Sharifah Norshafila, yang turut hadir bersama Datuk Red dalam siaran langsung tersebut, menjelaskan bahawa dia telah melalui proses tiga kali suci haid seperti yang ditetapkan dalam hukum Islam.

    Meskipun tempoh idah tersebut belum cukup tiga bulan, kiraannya adalah mengikut kitaran haid yang dilalui dua kali sebulan.

    Datuk Red dan Sharifah Norshafila bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 13 Mei lalu selepas 19 tahun berkahwin.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘I Give You My Phone’ – Sarah Yasmine Bongkar Rakaman Aliff Aziz Menangis, Tak Takut Nak Saman Ruhainies 5 Juta Dollar

    Mereka berkahwin pada tahun 2005 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Sebelum ini, Adnan juga telah bercerai dengan isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi, pada 24 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat selepas sembilan tahun hidup bersama dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts