Kemelut rumah tangga antara Bella Astillah dan Aliff Aziz kembali memasuki episod baru dengan pendedahan bertubi-tubi oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih Aliff, Sarah Yasmine, melalui platform Instagram.
Sarah berkongsi untaian tangkap layar perbualan WhatsApp antara Aliff dengan pihak ketiga, yang dipercayai sebagai Ruhainies, yang menunjukkan wujudnya komplot dan strategi untuk menjatuhkan Bella.
Antara pendedahan yang dibuat oleh Sarah adalah respons Ruhainies apabila Aliff enggan melepaskan Bella pada sesi mahkamah yang lalu.
“Sayang Bella pula,” ajuk Ruhainies.
Dalam perbualan itu, Aliff menegaskan bahawa wartawanlah yang membuat spekulasi, dan dia menasihati Ruhainies untuk tidak terlalu mempercayai berita dari wartawan.
“Jangan tengok wartawan bodoh semua ini. Awak tahu bagaimana mereka spin (putar belit).”
Terdahulu, Bella telah mendedahkan kepada media bahawa dia pernah menghadiahi Aliff sebuah kereta, tetapi kini Aliff mengakui kesukaran dalam hal kewangan, yang menunjukkan betapa rapuhnya keadaan dirinya pada masa ini.
“Sekarang ini, nak bayar kereta pun tak tahu macam mana. Saya betul-betul dalam keadaan yang rapuh sekarang,” tulis Aliff, 33, dalam satu balasan mesej kepada nama tertera NRF dipercayai merujuk Ruhainies.
Sarah juga tidak terlepas memaklumkan kepada umum tentang penglibatan Caprice dalam kontroversi ini, mendakwa bahawa Caprice adalah ‘orang tengah’ yang cuba mempertahankan Aliff menerusi konten-konten dalam media sosial.
Caprice, yang didakwa oleh Sarah, turut mendapat tentangan daripada Sarah sendiri, yang menasihati Caprice untuk memikirkan dirinya sendiri sebelum terlalu sibuk campur tangan dalam hal orang lain.