Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSUHO Sebak Ketika Menyanyi Di Malaysia-“Ramai Yang Sayang Padanya!”

    SUHO Sebak Ketika Menyanyi Di Malaysia-“Ramai Yang Sayang Padanya!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini, bertempat di Mega Star Arena, Sungei Wang Kuala Lumpur telah berlangsungnya konsert Suho iaitu “2024 SUHO CONCERT SU:HOME. Seramai 2,000 peminat yang hadir bagi menyaksikan kemeriahan konsert dari Suho secara langsung.

    Sepanjang konsertnya yang berlangsung selama 2 jam itu, Suho telah memberi persembahan yang memukau buat peminatnya melalui vokal nyanyiannya yang sangat memberi kesan kepada pendengar. Selain itu juga, Suho kelihatan sebak ketika menyanyikan lagu kumpulannya iaitu EXO serta beliau berjanji bahawa akan kembali membuat persembahan di Kuala Lumpur bersama ahli kumpulannya yang lain.

    Suho yang kini bergerak solo masih mempunyai peminat yang ramai terutamanya dari Malaysia, malah peminatnya itu akan sentiasa menyokong kerjayanya itu. Tambahan pula, Suho juga memukau peminatnya dengan persembahannya sambil memetik gitar yang membuatkan peminatnya semakin jatuh hati. Konsert tersebut juga telah dijayakan oleh PULP Live Word dan Sirion & Soon.

    Apa-apa pun, semoga Suho akan memilih Malaysia lagi untuk konsertnya pada masa akan datang. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,266FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts