Baru-baru ini, tular berita perkahwinan antara penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini Raharja di media sosial apabila kedua-duanya diraikan dalam satu majlis mengikut adat Bali.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Ada Banyak Persamaan, Apatah Lagi Rizky Tidak Mempunyai Ibu Seperti Saya’ – Mahalini
Artikel berkaitan: Rizky Febian Pilih Untuk Tidak Bercakap Tentang Agama Mahalini Kerana Anggap Ia Isu Sensitif – ‘Doakan Sahaja Yang Terbaik’
Upacara ‘mepamit’
Menerusi vlog di Youtube SL Media, majlis yang diraikan itu merupakan upacara ‘mepamit’ iaitu adat dalam agama Hindu di Bali yang dilakukan sebelum seseorang menikah.
Menurut bapa Rizky, Sule berkata, upacara ‘mepamit’ tersebut juga menandakan bahawa Mahalini sudah memeluk agama Islam dan boleh mendirikan rumah tangga.
Jadi ini adalah acara mepamit pamitan dari keluarga dan juga leluhurnya (nenek moyang) Lini (Mahalini) bahawasanya Lini akan berpindah agama dan sudah diizinkan dan diperbolehkan untuk menikah secara agama kami (Islam) nanti di Jakarta.
Memetik laporan Suara, perkahwinan pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan di Jakarta pada 8 Mei ini mengikut cara Islam.
Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan keadaan kediaman Mahalini di Denpasar, Bali dipenuhi hiasan mengikut istiadat Bali.
Untuk rekod, Rizky dan Mahalini telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.
Hubungan mereka menjadi perhatian susulan perbezaan agama yang mana Rizky beragama Islam manakala Mahalini penganut agama Hindu.