Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSuliza Salam Membantah Dakwaan Suaminya Mengambil 4 Pita Filem Sarimah Ahmad: 'Beliau...

    Suliza Salam Membantah Dakwaan Suaminya Mengambil 4 Pita Filem Sarimah Ahmad: ‘Beliau Tidak Suka Menyakiti Orang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tak ada angin, tak ada ribut nama suami kepada penyanyi terkenal era 80-an, Datin Suliza Salam iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainuddin didakwa menjadi individu yang terlibat dengan kecurian empat pita filem asal terbitan seniwati negara, Datuk Sarimah Ahmad iaitu Sarimah Film Productions.

    Bagi mendapatkan jawapan, menemu bual Suliza mengenai dakwaan tersebut.

    Suliza Salam ‘no comment’

    Ketika ditemui , Suliza tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai dakwaan tersebut memandangkan perkara tersebut berlaku sebelum dirinya hadir dalam kehidupan Zainal.

    Untuk isu itu saya tidak mahu memberikan sebarang komen sebab ianya berlaku sebelum saya hadir dalam kehidupan suami lagi.

    Saya juga tidak dihubungi mana-mana pihak mengenai isu tersebut sebab saya sendiri pun tidak tahu apa-apa.

    Cuma biasalah saya pun akan terkait sebab saya isteri dia.

    Suliza berkongsi perkara tersebut ketika acara pertunjukan fesyen busana raya ‘Glam Lebaran Nona’ yang diadakan di Glamhall Damansara pada Rabu.

    Dalam pada itu, ibu kepada penyanyi Ismail Izzani yakin suaminya tidak akan bertindak seperti mana yang didakwa kerana dia bukan individu yang suka melakukan penganiayaan terhadap orang lain.

    Saya rasa bukan dia (seperti yang didakwa) sebab dia bukan jenis yang suka menganiaya orang.

    Dia dan Datuk Sarimah juga sangat rapat seperti seorang adik dan seorang abang.

    Cuma mungkin terdapat sedikit salah faham yang berlaku dan saya yakin mereka akan selesaikan perkara tersebut dengan cara baik.

    Macam saya kata, suami saya tak buat begitu dan perkara ini pun berlaku dah berpuluh tahun dahulu jadi sekali lagi saya nak cakap bahawa saya benar-benar tak tahu mengenai isu itu.

    Terdahulu, Datuk Sarimah membuka mulut mengenai satu insiden yang begitu meremukkan hati apabila hasil titik peluhnya bersama arwah suami, Allahyarham Yusof Majid iaitu empat pita asal filem terbitan produksi mereka dicuri oleh seorang individu terkenal.

    ALSO READ:  [VIDEO] Reen Rahim Seloroh Mahu ‘Belanja’ Bahu, Suami Tegur – ‘Nanti Sampai Bahu Juga Malaikat Bantai Kau’

    Empat filem yang dimaksudkan adalah Detik 12 Malam, Jejak Bertapak, Dia Ibuku dan Kabus Tengahari.

    Dakwa Sarimah, individu berkenaan memintanya untuk menandatangi satu dokumen selepas kematian arwah Yusof pada ketika itu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts