Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSultan Ibrahim, Kekanda Tunku Azizah Juga Seorang Yang Meminati Pelbagai Masakan Serta...

    Sultan Ibrahim, Kekanda Tunku Azizah Juga Seorang Yang Meminati Pelbagai Masakan Serta Sangat Pandai Memasak!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, sememangnya dikenali sebagai seorang Sultan mesra rakyat dan sangat prihatin terhadap isu-isu rakyat.

    Sultan Ibrahim diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, dan merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Khalsom Abdullah.

    Berusia 66 tahun, baginda sangat dikenali rakyat Johor kerana sifatnya yang suka dan sentiasa mendekati rakyat, terutama menerusi Kembara Mahkota Johor yang diilhamkan baginda sejak menjadi Tunku Mahkota Johor lagi.

    Ketika berlaku bencana terutama ketika banjir, baginda antara yang terawal turun padang untuk melihat sendiri situasi sebenar, serta mengambil berat terhadap kesulitan yang melanda rakyat Johor.

    Sultan Ibrahim juga antara yang lantang bersuara berkenaan kebersihan dan isu-isu alam sekitar, yang menjadi antara perkara yang menjadi perhatian baginda.

    Malah baginda juga dilihat sering singgah di gerai dan kedai makan di setiap daerah, sambil menyantuni rakyat jelata.

    “Saya mendengar dan memahami keresahan dirasai seluruh Bangsa Johor, mengenai kekurangan dan kenaikan harga barangan asas seperti beras dan lain-lain,” titah baginda menerusi Facebook rasmi baginda.

    Sultan Ibrahim, yang juga kekanda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, juga seorang yang meminati pelbagai masakan serta pandai memasak.

    Sultan Ibrahim juga mempunyai pelbagai kemahiran, terutama dalam permotoran dan aktiviti air.

    Pada 22 September 1982, baginda mendirikan rumah tangga bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.

    Baginda juga pernah dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Almarhum Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8, pada 25 April 1984 hingga 25 April 1989.

    ALSO READ:  ‘Kalau Ada Rezeki Boleh Lah Potong Rambut Noh Salleh Atas Pentas’ – Penganjur Barber Expo & Salon Expo 2024

    Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Jan 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts