Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSump*h Sedap & Makin Ketagih, Begini Caranya Nak Buat Popia Big Mac...

    Sump*h Sedap & Makin Ketagih, Begini Caranya Nak Buat Popia Big Mac Yang Viral!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dari satu ke satu, sedar-sedar sudah 10 batang popia masuk ke dalam perut. Memang sedap!

    Jika anda ada scroll TikTok kebelakangan ini, pasti anda ada ternampak satu video daripada pengguna @akiejack yang berkongsi video resepi popia Big Mac.

    Jika anda ingin tahu, resepi ini sebenarnya diinspirasikan daripada burger Big Mac yang dijual di McDonalds. Memang sedap dan resepinya pula sangat senang.

    @akiejack

    Layan ni makan time moreh 🤤 #bigmac #popia #springrolls #bigmacpopia #akiemasak #bolehtakkantakboleh #kongsibersama #kongsiselera #ramadan #puasa #raya2024 #Resepi

    ♬ original sound – AkieJack – AkieJack

    Bahan-bahan popia Big Mac:

    1. Daging cincang (apa-apa jenama)
    2. Bawang putih
    3. Bawang holland
    4. Lada hitam
    5. Garam
    6. Jeruk
    7. Mayonis
    8. Mustard
    9. Sos cili
    10. Sos tomato
    11. Kulit popia
    12. Kepingan keju

    Cara membuat inti: 

    1. Tumiskan bawang putih dan bawang holland yang dipotong sehingga naik baunya.
    2. Kemudian masukkan daging cincang, lada hitam dan sedikit garam.
    3. Pastikan gaul kesemua bahan-bahan sehingga rata dan siap.

    Cara menyediakan sos Big Mac:

    1. Potong jeruk terlebih dulu.
    2. Dalam sebuah mangkuk, masukkan mayonis, mustard, sos cili dan sos tomato.
    3. Masukkan jeruk yang dipotong dan bawang yang dipotong kecil.
    4. Gaul rata dan ketepikan sekejap.

    Cara membuat popia Big Mac:

    1. Di atas sebuah pinggan, letakkan kulit popia.
    2. Letakkan kepingan keju di atas kulit popia.
    3. Kemudian letakkan inti daging di atas kepingan keju.
    4. Selepas itu, letakkan sos Big Mac sedikit dan gulungkan kulit popia.
    5. Di bahagian hujung kulit popia, letakkan sedikit air teping untuk gamkan kulit tersebut.
    6. Goreng sehingga kulit popia warna kuning keemasan.
    7. Biarkan sejuk seketika dan cicah bersama lebihan sos Big Mac.
    ALSO READ:  Caprice Dinasihati Tingkat Keselamatan Selepas Kongsi Video Rakaman CCTV Faisal Halim?

    Untuk lebih ‘ngam’, waktu moreh nanti kamu goreng popia Big Mac ini dan makan bersama secawan air teh panas. Selamat mencuba!

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts