Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSUPER JUNIOR Akan Kembali Ke Malaysia Pada 3 Ogos 2024 Dengan ‘SUPER...

    SUPER JUNIOR Akan Kembali Ke Malaysia Pada 3 Ogos 2024 Dengan ‘SUPER SHOW SPIN-OFF: Halftime Asia Tour’!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan lelaki Kpop yang popular suatu ketika dahulu dan menjadi kegilaan ramai peminat serta yang menjadi fenomena sepanjang masa, tidak lain dan tidak bukan ianya adalah kumpulan legend sepanjang masa iaitu SUPER JUNIOR.

    Kesemua ahli kumpulan Super Junior mula menumpukan pada jadual individu dan subunit mereka selepas menamatkan jelajah dunia “Super Show 9 : ROAD pada bulan April yang lalu. Selepas berada di luar jadual kumpulan selama setahun, mereka baru-baru ini membuat pengumuman melalui media sosial mereka bahawa mereka akan memulakan jelajah Asia mereka “2024 SUPER JUNIOR SUPER SHOW SPIN-OFF : Halftime pada bulan Jun nanti di Korea Selatan.

    Selain itu, iMe akan menjadi penganjur dan tuan rumah untuk “2024 SUPER JUNIOR, SUPER SHOW SPIN-OFF: Halftime ASIA TOUR”, yang membawa Super Junior melawat negara-negara seperti Bangkok, Singapura, Ho Chi Minh, Kuala Lumpur, Taipei, Hong Kong dan Jakarta. SM Entertainment mendedahkan bahawa “2024 SUPER JUNIOR, SUPER SHOW SPIN-OFF: Halftime ASIA TOUR” adalah kesinambungan konsert jelajah Super Junior “SUPER SHOW” yang diadakan sejak 2008. Setiap ahli akan menunjukkan sisi baharu mereka.

    Di samping itu, pihak pengurusan turut berkongsikan bahawa jelajah kali  ini merupakan projek khas yang dibuat oleh ahli-ahli, dengan harapan ia dapat memberikan E.L.F rasa baharu terhadap persembahan mereka berbanding apa yang pernah mereka tunjukkan sebelum ini “SUPER. SHOW”. Dikatakan bahawa E.L.F boleh mengharapkan untuk menyaksikan persembahan dan lagu-lagu yang mereka tunggu selama ini.

    “2024 SUPER JUNIOR <SUPER SHOW SPIN-OFF: Halftime> IN KUALA LUMPUR” anjuran iMe Malaysia akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Ogos 2024 (Sabtu) jam 5 petang! Tiket yang dibahagikan kepada 7 kategori berharga RM998 (VVIP- Standing Zone), RM898 (VIP), RM798 (PS1), RM698 (PS2), RM598 (PS3), RM498 (PS4), dan RM398 (PS5).

    Tiket prajualan untuk “2024 SUPER JUNIOR <SUPER SHOW SPIN-OFF: Halftime> IN KUALA LUMPUR” akan tersedia di Weverse untuk keahliannya pada 13 Mei 2024 (Isnin) dari 11 pagi hingga 11:59 malam. Bagi jualan am, tiket akan dibuka untuk jualan di my.bookmyshow.com 14 Mei 2024 (Selasa) jam 12 tengahari. Setiap peminat hanya dibenarkan membeli 2 tiket setiap transaksi semasa pra-jualan di Weverse, manakala untuk jualan umum, maksimum 4 tiket dibenarkan setiap transaksi. Untuk butiran lanjut, sila nantikan akaun media sosial rasmi iMe MY.

    2024 SUPER JUNIOR <SUPER SHOW SPIN-OFF : Halftime> DI KUALA LUMPUR

    Tarikh: 2024.08.03 (Sabtu)
    Masa: 5PM
    Tempat: Arena Axiata, KL
    Prajualan Kelab Peminat: 13 Mei 2024 (Isnin, 11 PG – 11:59 MLM)
    Jualan Am: 14 Mei 2024 (Selasa, 12PM)
    Laman Web Tiket: my.bookmyshow.com

    Harga Tiket: (VVIP Berdiri) MYR998 / (VIP) MYR898 / (PS1) MYR798 / (PS2) MYR698 / (PS3) MYR598 / (PS4) MYR498 / (PS5) MYR398

    ✓ Semua harga tidak termasuk yuran tempahan MYR4.00
    ✓ Setiap kod terhad kepada 2 tiket sahaja (Presale Kelab Peminat)
    ✓ Setiap transaksi terhad kepada 4 tiket sahaja (Jualan Umum)
    ✓ Semua zon berdiri akan beratur mengikut nombor kelompok sebelum masuk pada hari acara

    ✓ Semua zon tempat duduk akan diberi nombor

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts