Baru-baru ini, berlangsungnya konsert jelajah Super Show Spin Off yang di tunggu ramai terutamanya buat peminat-peminat yang sentiasa menyokong kumpulan lelaki kpop terkenal, iaitu Super Junior. Mereka kembali ke Malaysia selepas 2 tahun konsert jelajah Super Show 9 yang dijayakan pada tahun 2022.
Kehadiran mereka untuk konsert jelajah kali adalah untuk menghargai peminat yang sentiasa menyokong kerjaya mereka dari dulu sehingga ke hari ini. Sebanyak 21 lagu yang dibawa oleh mereka dan semestinya lagu-lagu tersebut adalah lagu yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu seperti Sorry, Sorry. Antara lagu lain yang dibawa mereka adalah Shoe Time, Wonder Boy, Dancing Out, Don’t Wait, Runaway, Suit Up, Let’s Not, Danger, It Has To Be You, The One I Love, Get A Guitar, Hype Boy, Intro + SPY, Opera, Lovely Day, From U, Devil, Black Suit, A Man In Love dan Believe.
Peminat yang hadir semasa konsert tersebut juga berpuas hati kerana idola yang mereka sentiasa sokong masih mengingati mereka dengan memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi untuk menjayakan konsert jelajah tersebut.
Semasa berlangsungnya konsert, beberapa adegan secara rawak telah berlaku seperti Leeteuk memberi salam kepada peminatnya dengan mengatakan ‘Assalamualaikum‘ dan bukannya ‘Annyeonghaseyo‘. Selain itu, mereka juga mengimbas kembali dengan mengatakan mereka pernah membuat penggambaran muzik video di Kuala Lumpur dan kemungkinan peminat yang hadir ketika konsert ini berada pada zaman persekolahan ketika itu.
Apa-apa pun, semoga Super Junior akan memilih Malaysia lagi untuk konsert mereka yang akan datang kerana peminat mereka yang berada disini akan sentiasa menyokong kerjaya mereka.
Apa kata anda?