Siapa yang tidak mengenali Datuk (Dr.) Chef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan adalah seorang Chef, pengacara, penulis, dan pelakon Malaysia yang terkenal.
Selain seringkali keluar dalam rancangan masakan di televisyen, Chef Wan juga ada mengusahakan restaurannya yang diberi nama De.Wan 1958.
Membuka Beberapa Cawangan Baharu
Beberapa cawangan yang telah berjaya dibuka dan ini menunjukkan kejayaan Chef Wan dan kumpulannya dalam mengendalikan restoren yang boleh dikatakan berjaya.
Dalam kejayaan membuka beberapa cawangan dan penambahan pekerja, timbul beberapa isu yang kini tular di media sosial.
Surat Terbuka Kepada Chef Wan
Satu akaun Tiktok, excdp telah mengeluarkan surat terbuka kepada Chef Wan dan mendedahkan permasalahan dalaman yang berlaku dalam pengoperasian restaurant tersebut.
Menurut perkongsian, pemilik akaun tersebut mendedahkan beberapa perkara yang menjadi masalah kepada pekerja disana.
Antaranya adalah tidak membayar kerja lebih masa untuk pekerja. Menurut pengguna akaun tersebut, mereka dimaklumkan tiada pembayaran secara tunai kepada pekerja atas kerja lebih masa, malah ianya digantikan jam kepada pekerja.
Selain daripada itu, menurut pengguna Tiktok tersebut memaklumkan pihak restaurant juga turut menurunkan gaji pekerja tanpa persetujuan oleh kedua-dua belah pihak.
Pekerja tersebut juga memaklumkan telah memaklumkan kepada pihak sumbar manusia dan menerima jawapan bahawa restaurant tiada keuntungan.
Ganguan Seksual Pekerja Wanita
Selain dari masalah berkaitan gaji, pengguna Tiktok itu memaklumkan ada berlakunya ganguan seksual oleh pengurusan atasan dan dia akan mendedahkan kepada umum mengenai kejadian tersebut.
Pendedahan dan surat terbuka kepada pihak Chef Wan tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang terkejut dengan apa yang didedahkan dan ada juga mengharapkan agar perkara sebegini dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik.