Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Suruh ‘Lock’ Tarikh Awal, Bila Tanya Pasal Pembayaran Terus Kena Buang Macam...

    ‘Suruh ‘Lock’ Tarikh Awal, Bila Tanya Pasal Pembayaran Terus Kena Buang Macam Tu Saja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di Instagram, seorang model lelaki meluahkan rasa sedih apabila kerja yang ditawarkan kepadanya telah dibatalkan pada saat akhir.

    Berhenti tepi jalan, tarik nafas

    Menurut Abdul Mutalib Abdul Mubin, namanya digugurkan bagi satu tawaran kerja melibatkan iklan video korporat. Lebih menyedihkan, perkara itu berlaku ketika umat Islam hendak berbuka puasa.

    Awal-awal suruh lock tarikh. Esok hari patut shoot, tahu-tahu dapat mesej WhatsApp waktu nak berbuka. Terpaling syahdu, dah locked tapi dibatalkan begitu saja.

    Terikat namun tak bertali, mencuba mencari rezeki, namun dibuang jua,” luah seorang pemuda menerusi video yang dimuat naik di laman sosial.

    Masa tu saya dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa. Sikit je lagi nak sampai rumah, dah nak waktu Maghrib. Sekali dapat mesej menyedihkan macam tu, job untuk saya batal saat akhir sehari sebelum shooting (penggambaran).

    Pihak produksi terpaksa potong bajet. Saya berhenti tepi jalan sekejap, tarik nafas untuk tenangkan diri, saya tanya kenapa jadi macam ni?

    Ujar bekas peserta Man of The Globe 2022 ini lagi, dia berasa terkilan dengan keputusan mengejut daripada pihak agensi mengenai pembatalan itu dan menyifatkan pemberian token sebagai ‘pampasan’ adalah tidak setimpal.

    Dua hari sebelum kejadian, saya menerima mesej mengena satu job lain yang turut dibatalkan. Patut shooting malam, tapi petang tu dapat mesej nak cancel. Senangnya beritahu dah ada pengganti.

    Lagi satu job iklan, dah deal awal tapi terpaksa tolak sebab terikat dengan satu job lagi. Akhirnya yang sedang tunggu batal, yang nak masuk pun batal.

    Saya kesal, kenapa dilayan begitu. Benda ni adalah kerja, bukan main-main, jadi perlu profesional. Ini baru isu batal job saat akhir. Belum lagi masalah lain membabitkan bayaran tertunggak kepada talent dan tukar tarikh saat akhir hingga bertindih dengan job lain.

    Kalau kita tak datang, mereka burukkan kita, kalau mereka yang batal saat akhir boleh pula. Mereka fikir untung saja, tanpa fikir kami punya rugi.

    ALSO READ:  Guna Ilmu Hitam Peroleh ‘Rezeki’ Berniaga Kedai Makan, Usah Masuk Jika Nampak Lakaran ‘Pelaris’ Ini

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts