Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyada Amzah Bersuara Isu Kontroversi Cupcake Aisyah & Leona?-“Jangan Kacau Sampai Ke…”

    Syada Amzah Bersuara Isu Kontroversi Cupcake Aisyah & Leona?-“Jangan Kacau Sampai Ke…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Syada Amzah membuka mulut setelah pelakon baru dan personaliti media sosial, Cupcake Aisyah terlibat dengan spekulasi yang mendakwa dia merampas teman lelaki anak perempuan pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona.

    Syada, melalui hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia sudah tidak dapat berdiam diri dan geram dengan tindakan netizen yang menghukum Cupcake Aisyah sehingga turut melibatkan ahli keluarga.

    “Saya sudah cuba untuk berdiam diri, tapi saya tidak dapat menahan lagi. Saya geram. Sebab dalam kes ini, tak ada siapa yang 100% betul atau 100% salah. Dalam mana-mana jenis hubungan akan ada perbalahan, akan ada cerita kedua-dua belah pihak. Tapi memandangkan benda ini pasal orang lain dan seseorang yang lebih muda dari kita. Tolong rasional.

    Kalau pasal A dengan B kenapa sampai ganggu parents diorang? Fikir laa, bagaimana perkara sama berlaku pada anda dan keluarga anda? Plain biadab. Jangan kacau sampai ke family, sepupu sepapat orang tu. Kesian sangat tahu tak.”-tulis Syada

    Tidak Kisah Digelar ‘Kalis Kecaman’

    Menerangkan tujuan hantaran tersebut adalah untuk kesedaran mental, Syada turut menyatakan bahawa dia tidak kisah digelar oleh orang ramai sebagai ‘kalis kecaman’.

    “Tujuan sebenar saya melakukan hantaran ini adalah mengenai kesedaran mental. Kalian telah menyerang orang lain sepenuhnya secara atas talian.

    Saya tak peduli apa orang cakap tentang saya, lagi-lagi apabila ia tidak benar. Gelarlah saya kalis kecaman atau apa-apa.

    Saya hanya mahu bekerja cari rezeki halal, jaga ibu saya selagi saya masih hidup.”-jelas Syada lagi

    Sebelum ini, nama pelakon Cupcake Aisyah menjadi bualan netizen di media sosial selepas didakwa ‘tikam belakang’ dan ‘merampas’ bekas teman lelaki anak perempuan pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona.

    ALSO READ:  Ringgit & Ekonomi Malaysia Makin Kukuh! Apa Rahsianya? Meh Kami Bongkar!

    Apa pendapat anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts