Penyanyi, Syada Amzah tampil memberi respon terhadap komen ke atas dirinya yang sering menyanyikan semula atau cover lagu bahasa asing di media sosial.
Dikritik Try Hard Untuk Viral?
Syada, menerusi Insta Stories dilihat memuatnaik tangkap layar komen seorang netizen yang menyifatkan penyanyi ini ‘try hard’ untuk menjadi tular dengan melakukan beberapa cover lagu bahasa asing termasuklah Tagalog dan Arab.
“Try hard nyanyi lagu luar dengan harapan viral dan dijemput ke negara tersebut. Lamber lagi dik.”-komen netizen
Syada Beri Respon!
Tidak berdiam diri, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Hamzah membalas komen netizen berkenaan dengan menyatakan bahawa dia sudah mendapat beberapa tawaran untuk ke luar negara hasil usahanya cover lagu bahasa asing.
“Terima Kasih Haters, Tanpa Mulut Awak…”
Tambahnya lagi, adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah ini turut menitipkan ucapan terima kasih buat para ‘haters’ serta peminat yang tidak henti memberikan sokongan terhadap kariernya.
“Terima kasih haters. Tanpa mulut awak yang masin, saya tak dapat offer ini.
Sudah tentu terima kasih kepada penyokong saya sebab tak berhenti bagi kata-kata yang baik. Doa yang baik. Semoga perkara baik berbalik kepada awak dan keluarga.”-tulis Syada lagi
Apa komen anda?