Pelakon Syafi Tee mendedahkan dia menyimpan hasrat untuk membawakan watak jahat atau antagonis dalam mana-mana naskhah pada masa akan datang.
Idam watak antagonis
Menerusi hantaran video di TikTok Maskulin, Syafi mahu membuktikan dia mampu melakonkan watak antagonis kerana percaya dalam dirinya mempunyai sisi jahat.
Saya tidak pernah dapat watak atau karakter yang antagonis. Yang sebenarnya itu adalah watak yang saya idamkan.
Sebab saya tahu saya ada sisi lain yang ada jahatnya, bukan setiap masa saya baik sahaja. Saya juga tidak sempurna. Saya mahu sisi jahat saya dipamerkan dalam skrin TV.
Saya nak tunjukkan pada orang saya boleh bawa watak antagonis.
Sementara itu, disoal watak jahat bagaimana yang diidamkan, aktor berusia 31 tahun itu berkata watak seorang lelaki psiko.
Psiko, saya suka psiko orang. Saya tak mahu cerita yang kejam setakat bunuh dan mati, terlalu ‘direct’ saya tak suka. Saya suka psiko dulu, kemudian baru orang itu mati.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen akui tidak sabar untuk melihat sisi lain Syafi kerana sebelum ini mereka hanya melihat aktor itu menjayakan watak baik.