Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyafi Tee Mahu Jadi Penceramah, Suka Kongsi Ilmu Dengan Golongan Muda –...

    Syafi Tee Mahu Jadi Penceramah, Suka Kongsi Ilmu Dengan Golongan Muda – ‘Ayah Bagi Galakan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Syafie TeeSyafie Tee

    Mengakui suka membaca bahan ilmiah, pelakon Syafi Tee memasang niat untuk menjadi penceramah kerana mahu berkongsi ilmu dan pandangan dengan golongan muda.

    Jadi penceramah

    Syafie TeeSyafie Tee

    Syafi atau nama lengkap Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, 31, berkata, dia ingin menyebarkan ilmu pengetahuan yang diperoleh menerusi bahan bacaan sekali gus memberi manfaat.

    Selain jadi pelakon, saya mahu suara dan pandangan didengar sebab saya suka membaca selain mahu tolong orang.

    Banyak bahan bacaan yang boleh bagi input bermanfaat untuk dikongsikan kepada umum.

    Saya jenis yang suka menimba pengetahuan, tidak mahu setakat duduk sahaja. Dengan membaca kita dapat menemui jawapan untuk pelbagai kemusykilan.

    Apabila dapat rungkaikan persoalan, jawapan itu kemudian berkembang kepada perkara lain yang membuatkan saya tidak puas cari ilmu dan kemudian berkongsi dengan orang lain.

    Syafi berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Bapa galakan

    Syafie TeeSyafie Tee

    Walau bagaimanapun, Syafi berkata, keinginan menjadi penceramah bukan atas saranan bapanya iaitu pendakwah terkenal Dr Mohd Ridhuan Tee. Sebaliknya, dengan keinginan sendiri.

    Banyak subjek boleh kita ketengahkan termasuk berkaitan isu kesihatan, keadaan mental, kemasyarakatan, agama dan sebagainya.

    Ayah saya bagi galakan sahaja sebab dia tahu kecenderungan saya selain berlakon adalah berkongsi info macam saya buat menerusi audio siar TeeBrothers.

    Podcast yang saya mulakan akhir 2022 itu menjadi platform untuk zahirkan pandangan. Bapa saya juga antara tetamu terawal podcast itu.

    Jadi kalau nak panggil saya kongsi pandangan dengan pelajar universiti atau sekolah, saya sangat alu-alukan.

    ALSO READ:  Erysha Emyra Tak Setuju Lepasan SPM Buat ‘Content’ Tayang Keputusan Gagal Di Media Sosial

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts