Pelakon melonjak naik, Syafi Tee mendedahkan banyak meluangkan masa sendirian termasuk melaksanakan rutin hariannya.
Selesa luangkan masa sendirian
Ketika ditemui di majis sidang media drama Terlanjur Cinta, Syafi atau nama sebenarnya Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee berkata, dia lebih gemar dan selesa melakukan aktiviti hariannya sendirian tanpa peneman.
Saya tak ada keluar dengan orang atau melepak. Kalau pergi karaoke, tengok wayang pun seorang. Saya buat semuanya sendirian.
Dalam pada itu, Syafi akui salah satu sebab mengapa dia lebih suka bersendirian kerana mahu memberi sepenuh fokus dan perhatian kepada dirinya sendiri. Tambah Syafi, dia telah melalui fasa menyendiri itu selama enam bulan dan sejak itu, dia mula melihat perubahan dalam dirinya.
Saya bukan tak nak berkawan tapi saya percaya, bila saya buat benda sendiri kita akan lebih fokus pada diri kita sendiri. Kalau kita banyak fokus dekat benda luar, kita tak ada masa nak fokus kepada diri kita sendiri. Kita banyak bagi tenaga kita dekat luar. Dari situ nanti akan nampak perubahan pada diri kita.
Sekadar info, Syafi, 31, tampil dalam drama Terlanjur Cinta yang ditayangkan di Viu bermula 14 Mac sempena bulan Ramadan. Antara barisan pelakon yang turut membintangi drama terbitan Eirma Fatima itu adalah Syafiq Kyle, Puteri Balqis, Syafie Naswip, Umie Aida, Khir Rahma dan ramai lagi.