Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyafiq Kyle Dedah Ada Pihak Larang Ambil Berlakon, Dilabel Artis Bermasalah –...

    Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Larang Ambil Berlakon, Dilabel Artis Bermasalah – ‘Jangan Ambil Sebab Tak Meletup’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Syafiq Kyle mendedahkan ada pihak yang pernah memandang rendah terhadap bakat lakonannya kerana dilabel sebagai selebriti bermasalah.

    Artikel berkaitan: Mimi Lana Minta Syafiq Kyle Selit Doa Di Makkah, Serah Soal Jodoh Pada Allah – ‘Saya Follow With The Flow’

    Artikel berkaitan: ‘Bila Baca Skrip Sheriff & Tengok Scene Yang Pertama, Saya Dah Rasa Goosebump’ – Syafiq Kyle 

    Dilabel artis bermasalah

    Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 32, dia bersyukur filem-filemnya mendapat sambutan hangat sekaligus membuktikan dia seorang pelakon yang berbakat.

    Bila saya tengok ada filem saya yang meletup, Alhamdulillah perkara itu paling saya risau kerana ada yang kata jangan ambil saya berlakon sebab tak akan meletup.

    Pernah sebelum ini ada pihak larang ambil saya berlakon dan melabel saya sebagai artis bermasalah.

    Syafiq berkata demikian semasa ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Takluk: Lahad Datu di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Khamis.

    Bagaimanapun, Syafiq enggan menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang sebaliknya mengutamakan niat asalnya sebagai pelakon.

    Tapi pada saya, semua itu bukan ‘point’ penting, paling utama adalah mesej yang hendak disampaikan kepada penonton menerusi setiap lakonan.

    Dalam pada itu, pelakon filem Sheriff ini berpendapat kejayaan sesebuah filem bergantung kepada mesej yang hendak disampaikan kepada penonton dan fokus kepada perkara-perkara yang positif.

    Filem itu berjaya atau tidak bukan kerja saya. Paling penting saya sudah lakukan kerja dan sampaikan mesej untuk industri ini.

    Saya rasa benda kejayaan diraih hari ini juga disebabkan doa daripada keluarga dan pemikiran yang dibawa serta dikongsi kepada pencinta filem sejak hari pertama masuk industri.

    Alhamdulillah tahun ini kebetulan ada tiga filem ‘back to back’ sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sepatutnya setiap tahun satu tapi bila disekalikan nampak macam setahun tiga filem.

    Sejak awal tahun, Syafiq sudah muncul menerusi dua buah filem iaitu Sheriff: Narko Integriti yang mencatatkan kutipan sebanyak RM62 juta manakala The Experts pula RM11 juta.

    ALSO READ:  Media Prima Audio Kukuh Kedudukan Stesen Radio Paling Berpengaruh Di Malaysia! Catat 5.6 Juta Pendengar Mingguan

    Paling terbaharu, dia bakal muncul menerusi filem Takluk: Lahad Datu bermula 22 Ogos depan yang turut menampilkan barisan pelakon hebat lain antaranya Kamal Adli, Eman Manan, Fikry Ibrahim dan Anding Indrawani.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts