Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyafiq Yusof Dedah Syamsul Tengah Pulihkan Hubungan Keluarga – “Sudah Lama Mak...

    Syafiq Yusof Dedah Syamsul Tengah Pulihkan Hubungan Keluarga – “Sudah Lama Mak Tak Senyum Begitu”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini kecoh di media sosial menerusi perkongsian foto di Instastory ibu Syamsul iaitu Datin Patimah pada 11 September lalu.

    Dalam perkongsian tersebut, Datin Patimah berkongsi pertemuan penuh bermakna itu yang turut disertai Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof.

    Syamsul Yusof akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas hampir dua tahun tidak berjumpa.

    Turut bersama, bekas menantu, Puteri Sarah Liyana dan cucunya, Sumayyah turut hadir.

    Adik Luah Rasa Syukur

    Atas kejadian tersebut, Syaq Yusof yang merupakan adik kepada Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur apabila abangnya sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.

    Saya bersyukur sangat dia balik ke pangkuan ibu dan ayah.

    Saya rasa dah agak abang saya mesti akan kembali, kita kerana apa-apa pun ayah dan ibu penting.

    Sudah lama mak saya tak senyum begitu. Bila saya tengok mak saya gembira saya pun sama, syukur alhamdulillah.

    Syamsul Sedang Memulihkan Hubungan

    via Berita Harian

    Sementara itu, Syaq jugak turut memaklumkan Syamsul kini sedang cuba untuk memulihkan keadaan semula.

    Walaupun dia diuji, dia tetap abang saya, kalau ada orang kutuk atau marah dia semestinya saya juga terasa.

    Dia manusia kita semua manusia kadang-kadang ada buat kesilapan.

    Cuma kalau ada orang nak cakap apa-apa perlu terima sahaja tapi yang saya tahu ketika ini dia sedang memulihkan keadaan.

    Enggan isu ini berpanjangan, Syaq turut berharap agar isu keluarganya tidak lagi diperkatakan.

    Kadang-kadang bergaduh akhirnya kita kembali itulah namanya keluarga, mana ada keluarga tak bergaduh kat dalam dunia ini bezanya kerluarga saya dikenali.

    Jadi, abang saya dah balik saya harap cerita ini boleh tutup kalau tidak mesti orang akan tanya.

    Tambah Syaq, abangnya kini sudah kembali ke pangkuan keluarga dan dia mengharapkan agar cerita dan isu mengenai abangnya sudah ‘tutup’ dan tiada orang yang mengatakannya lagi.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts