Demi kerjaya sebagai aktor, pelakon meningkat naik, Syahmie Thsaqeef sanggup untuk menayang badan.
Demi kerjaya
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Syahmie berkata dia bersifat terbuka untuk berbuat demikian hanyalah demi meningkatkan kualiti lakonannnya dan bukan untuk cetuskan kontroversi.
Saya bukan seorang aktor yang suka-suka nak tayang badan. Sejujurnya, apabila saya dapat skrip atau sebuah projek saya akan memberikan se-maksima mungkin untuk watak itu.
Ini bukan pertama kali saya tayang badan… sebelum jadi pelakon pun saya ada kongsi di media sosial. Setakat ini baru dalam satu hingga dua drama lakonan saya tunjuk badan.
Walau bagaimanapun, aktor berusia 30 tahun tersebut akan menilai terlebih dahulu setiap naskah yang diterima dengan tidak sewenang-wenangnya melakonkan babak yang melampaui batas.
Untuk membawa watak ‘daring’ atau babak panas itu saya sanggup demi perkembangan kerjaya seni lakonan saya. Tetapi, saya juga ada batasan yang mana boleh dan tidak. Jadi perlu menilai seberapa ‘panas’ babak tersebut.
Buat masa sekarang saya rasa keseronokan untuk menghidupkan sesuatu watak itu.
Syahmie berkata demikian di sidang media drama Benci Jadi Cinta yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.
Tak kisah terima komen
Menurut bekas peserta program realiti Fit For Action itu, dia tidak kisah akan komen yang dilemparkan oleh warganet malah memilih untuk memfokuskan diri menjadi seorang anak seni.
Saya percaya kita buat baik atau buruk orang tetap akan bercakap. Mungkin ya, tayang badan boleh dapat kecaman tetapi pada akhirnya kita semua adalah pendosa, setiap hari berusaha untuk jadi baik.
Saya masuk ke dalam industri hiburan untuk tunjuk pada orang apa yang saya boleh tawarkan dalam bidang ini, bukan nak cipta kontroversi.
Dalam perkembangan lain, Syahmie telah menjayakan sebuah drama bersiri vertikal pertama iaitu Benci Jadi Cinta yang disiarkan di platform TikTok Drama Sangat.
Drama tersebut berkisarkan tentang tema cinta dan komedi yang turut membariskan Harissa Adlynn dan Zheng Ning sebagai teraju utama.