Penyanyi, Syamel akui kecewa dan hampa lagu ‘Belakang Tabir’ terkandas di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM 39).
Penguat untuk terus berkarya
Ketika ditemui , Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly memandang dari segi positif untuk dirinya terus berkarya.
Ujarnya, dia juga bersyukur lagu ‘Belakang Tabir’ kini dikenali ramai.
Sedih dan hampa. Sebab kita menaruh harapan untuk lagu itu.
Perasaan hampa itu saya tidak akan biarkan lama. Saya akan tetap berkarya lagi.
Saya sangat bersyukur kepada masyarakat di luar sana memberi kata-kata positif. Malam itu bukan hanya kegagalan namun lagu Belakang Tabir lebih dikenali.
Perkara itu mengubati hati saya yang sedih.
Syamel berkata demikian ketika ditemui pada malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-33 yang diadakan di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pada malam Jumaat.
Ujarnya lagi, ramai rakan dalam industri memberi kata-kata positif yang membantunya untuk terus berjalan ke depan.
Apa yang terjadi adalah perkara yang manis buat saya.
Saya anggap itu suatu yang positif.
Segala kata-kata sebenarnya menguatkan saya untuk terus berkarya sebab selain untuk diri sendiri, kita tulis lagu untuk pendengar.