Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyamimia Kesal Disindir Sebagai ‘Isr4el & Neutral’ Ketika Sedang Bercuti-“Jangan Fitnah Saya...

    Syamimia Kesal Disindir Sebagai ‘Isr4el & Neutral’ Ketika Sedang Bercuti-“Jangan Fitnah Saya Lagi..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengaruh media sosial, Nur Syamimia meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang masih kurang senang dengannya berhubung isu tidak membuat perkongsian mengenai Gaza pada Oktober lalu.

    Dipanggil ‘Israel & Neutral’ Ketika Bercuti

    Kongsi Syamimia menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa dia turut dipanggil sebagai ‘Israel dan Neutral’ oleh segerombolan lelaki ketika dirinya sedang bercuti di Pulau Pinang, baru-baru ini.

    “Jangan fitnah saya lagi. Baru-baru ini saya bercuti di Pulau Pinang dan segerombolan lelaki memanggil saya ‘Israel dan neutral’ kerana isu lalu. Mereka lari dan tidak memohon maaf.

    Sebulan sudah saya menyepi. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan merasakan suara saya tidak lagi ‘valid’ dan mahu didengari oleh bangsa saya sendiri.”-tulis Syamimia

    Mohon Rakyat Malaysia Henti Sebar Fitnah

    Menegaskan bahawa dirinya tidak pernah menggelar diri sebagai neutral dan menyokong Israel, Syamimia turut memohon buat rakyat Malaysia untuk henti menyebarkan fitnah yang secara tidak langsung mencemarkan imejnya.

    “Saya tidak pernah berkata saya neutral & menyokong Israel di sebuah video LIVE permohonan maaf saya bulan lalu. Video tersebut telah disunting dan diambil bahagian yang “penting” sahaja untuk dijadikan sebuah cerita.

    Di dalam video 4 minit juga saya berkata, “Saya bersama saudara saya di Palestine” berserta bendera Palestine walaupun kecil nilainya di mata manusia.

    Saya mohon kepada rakyat Malaysia untuk berhenti sebarkan fitnah yang mengatakan saya menyokong Israel, duta Israel, neutral, mencemarkan imej saya.”-jelas Syamimia

    Oktober lalu, Syamimia mendapat kritikan netizen selepas didakwa tidak sensitif serta enggan berkongsi sebarang hantaran tentang konflik di Gaza.

    Apa komen anda?


    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts