Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Syamsul Ada Berhubung Tanya Khabar Kami & Sering Singgah Ke Rumah Untuk...

    ‘Syamsul Ada Berhubung Tanya Khabar Kami & Sering Singgah Ke Rumah Untuk Menikmati Masakan Ibunya’ – Yusof Haslam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Setelah sekian lama tidak berjumpa, pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke pangkuan keluarga bertemu ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, baru-baru ini.

    Terbaru, Datuk Yusof Haslam memberitahu anaknya itu sudah rajin singgah ke rumah dan menikmati masakan ibunya.

    Tidak patah semangat

    Menurut Yusof, dia bersyukur hubungannya dengan Syamsul sudah okay.

    Alhamdulillah, hubungan kami anak beranak sudah okay. Syamsul ada berhubung dengan saya dan isteri untuk bertanya khabar mereka, baru-baru ini.

    Selain bertanya khabar, Syamsul juga sering singgah ke rumah untuk menikmati masakan ibunya.

    Sebagai seorang bapa, Yusof sentiasa mendoakan agar semangat anaknya itu kuat untuk terus berkarya

    Saya harap dia tidak sesekali  patah semangat. Kalau saya, ayahnya sudah berusia 70 tahun pun masih lagi berjuang, inikan pula dia yang baharu mencecah usia 40 tahun.

    Diminta untuk memberi pandangan berhubung filem arahan Syamsul, The Original Gangster, Yusof memberitahu, dia belum menonton filem tersebut.

    Syamsul pun tidak mahu kami tanya pasal hal kerja dia atau pun tentang filem itu. Dia juga tidak mahu cerita apa-apa pun mengenai filem itu selagi tidak siap.

    Lagipun, filem itu terbitan syarikat lain. Apa-apa pun biarlah masa tayangan filem itu nanti.

    Terdahulu, Yusof mengakui dia tidak menyangka Syamsul akhirnya membuka pintu hati dan kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun tidak berjumpa pada 9 September lalu.

    Kata Yusof, Syamsul sendiri menghubungi ibunya, Datin Patimah Ismail untuk berjumpa di rumah selepas sekian lama mereka terputus hubungan.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Watie Gembira Shuib Beli Dua Bagasi, ‘Support’ Borong Minyak Wangi Di Makkah & Madinah
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts