Pengarah sensasi, Syamsul Yusof meluahkan rasa bangga dan terharu apabila anak sulungnya iaitu Syaikhul Islam menerima anugerah ‘Player of the year’ daripada Kuala Lumpur FC. Tahniah!
My son
Menerusi sebuah posting di Instagram, Syamsul berkata, sebagai seorang ayah dia berasa bangga dengan kejayaan Syaikhul.
Bukan itu sahaja, seluruh ahli keluarganya turut gembira dengan pencapaian Syaikhul dalam bidang sukan yang diceburinya.
Anak lelaki saya dapat best soccer ‘player of the year’ award from Kuala Lumpur FC. Ayah and seluruh ahli keluarga bangga dengan kamu Syaikhul Islam. Alhamdulillah.
Alhamdulillah
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Syaikhul. Ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah turut mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa syukur apabila cucu kesayangan meraih anugerah tersebut.