Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyamsul Yusof Diarah Bayar Kos Kehadiran Sebanyak RM200 Kepada Ira Kazar

    Syamsul Yusof Diarah Bayar Kos Kehadiran Sebanyak RM200 Kepada Ira Kazar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengarah sensasi, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk membayar kos kehadiran sebanyak RM200 kepada bekas isterinya, Ira Kazar.

    Mohon RM3,000

    Keputusan itu diputuskan Hakim Maizatul Aliza Chee Din pada prosiding yang berlangsung pada petang Rabu.

    Menurut peguam syarie yang mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak, pihaknya menuntut Syamsul selaku plaintif untuk membayar kos kehadiran sebanyak RM3,000 kerana telah menyusahkan Ira selaku defendan.

    Bukan itu sahaja, tuntutan itu juga dibuat kerana Syamsul tidak berterus terang bahawa wujudnya lafaz taklik di luar mahkamah pada Jun lalu.

    Kes hari ini sudah selesai, hari ini kami hadir untuk tutup terus kes permohonan cerai yang difailkan oleh Syamsul.

    Kes yang difailkan Ira sudah selesai pada 5 September lalu dan hari ini pihak Syamsul mahu menarik balik permohonan dan memohon kos kehadiran.

    Mahkamah sudah meluluskan dan memerintahkan kos sebanyak RM200 diberikan.

    Cuma saya nak katakan di sini saya kesal lafaz cerai sudah berlaku pada Jun tapi tindakan diambil pada Ogos bukan merujuk pada pengesahan lafaz cerai tapi sebaliknya merujuk kepada permohonan cerai biasa.

    Sebab itu kami failkan di Kuala Selangor, sebab kalau Syamsul tidak failkan, Ira kena failkan. Berikutan itu ramai yang keliru. Jadi disebabkan itu hari pihak Syamsul menarik balik kes dan tutup terus.

    Pihak Syamsul tak setuju

    Sementara itu, peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Aris tidak bersetuju dengan kos kehadiran sebanyak RM3,000 yang dituntut defendan kerana menyifatkan proses perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu telah menjimatkan masa semua pihak.

    Sepatutnya hari ini pihak kami ingin menarik semula permohonan membabitkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) yang difailkan Syamsul pada 19 Ogos lalu.

    Pihak saya juga sudah memfailkan notis penarikan semula kes yang difailkan. Bagaimanapun Ira yang hadir bersama peguam memohon kos kehadiran sebanyak RM3,000 kepada mahkamah.

    Bagi saya, apa penting sekarang ini adalah kedua-dua pihak sudah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk menyelesaikan isu pelanggaran taklik pada hari sama dan menerima keputusan itu.

    Jadi kami percaya sedikit sebanyak perkara itu sudah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak.

    Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

    ALSO READ:  Umar Mengesyorkan Ibu Membeli Robot Abah di Shopee - Nurul Shuhada

    Syamsul dan Ira kemudiannya disahkan bercerai oleh mahkamah pada hari yang sama.

    Menurut peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

    Imbas kembali, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu atas sebab tiada persefahaman.

    Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts