Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyamsul Yusof Kunci Mulut, Tak Mahu Kongsi Punca Perceraian Dengan Ira Kazar

    Syamsul Yusof Kunci Mulut, Tak Mahu Kongsi Punca Perceraian Dengan Ira Kazar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memilih untuk mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang komen lanjut berhubung perceraiannya dengan bekas isteri, Ira Kazar yang disahkan Mahkamah Rendah Syariah, hari ini.

    Tak mahu kongsi

    Syamsul atau nama penuhnya, nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, memberitahu dia tidak mahu memberi sebarang komen mengenai prosiding mahkamah hari ini.

    Saya no (tiada) komen. Alhamdulillah semua selesai. Tiada sebab nak kongsi. Saya tak mahu kongsi.

    Tambah pengarah filem Munafik itu, dia mahu berterima kasih kepada semua yang telah memberikan kata-kata semangat buat dirinya sejak isu ini viral di media sosial.

    Saya banyak terima mesej menerusi WhatsApp dan dalam media sosial (DM). Mereka doakan yang baik-baik, terima kasih.

    Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, di sini mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah sensasi, Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

    Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

    Alhamdulillah kes perceraian dan lafaz taklik sudah selesai pada hari ini di mana mahkamah mendapati Ira sudah melanggar taklik.

    Ada pelanggaran taklik yang sudah dilakukan Ira dan mahkamah berpuas hati bahawa memang berlakunya lafaz taklik dan mendapat bahawa Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos.

    Perkara itu berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos).

    Terdahulu, pada 16 Ogos, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kongsi Rutin Pemakanan Yang Diambil Dalam Sehari, Sasha Abdul Aziz Rancang Timang Anak Ketiga – ‘Moga Dapat Zuriat’

    Sekadar info, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts