Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 14, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyamsul Yusof Nampak Lebih Ceria, Kongsi Foto Bekerja Dengan Imej Baru Berambut...

    Syamsul Yusof Nampak Lebih Ceria, Kongsi Foto Bekerja Dengan Imej Baru Berambut Pendek

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Syamsul YusofSyamsul Yusof

    Di kala perkahwinan di ambang perpisahan, pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof sempat memuat naik hantaran terbaharu di Instagram miliknya, pada Khamis.

    Kembali berkerja

    Syamsul YusofSyamsul Yusof

    Menerusi perkongsian tersebut, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, memuat naik beberapa foto memperlihatkan dia dalam sebuah bilik bersama beberapa individu.

    Foto tersebut memberi gambaran Syamsul dan semua individu tersebut sedang berbincang untuk projek terbaharu.

    Bapa kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi foto dirinya mengenakan baju kemeja bercorak petak berona hijau sambil mengukir senyuman di bibir.

    Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan ucapan ‘selamat kembali’ kepada Syamsul beserta emoji api.

    Malah, tidak kurang yang memuji imej terkini Syamsul yang berambut pendek kelihatan lebih tampan dan kemas.

    Terdahulu, Syamsul dan isteri, Ira Kazar tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian mereka dan terpaksa ditangguh kepada 25 September depan.

    Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

    Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.

    Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,258FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts