Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyarikat Lokasi Acara Saman Siti Jamumall Berjumlah RM1 Juta

    Syarikat Lokasi Acara Saman Siti Jamumall Berjumlah RM1 Juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Syarikat lokasi acara, The Dome BBK telah menuntut RM1 juta daripada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall susulan perkongsiannya di media sosial yang didakwa telah memburukkan imej syarikat berkenaan.

    Tuntut ganti rugi RM1 juta

    Memetik laporan Harian Metro, pengurus The Dome BBK iaitu Norhafizah Ahmad berkata, tuntutan itu dibuat terhadap Siti Jamumall atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahidin selepas dia memuat naik hantaran video mendakwa dirinya ditipu dan disabotaj oleh syarikat The Dome BBK.

    Kami menuntut supaya pihaknya berhenti mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah kepada syarikat dan memadam hantaran dan kandungan yang dimuat naik di platform media sosialnya.

    Kami juga menuntut untuk pihaknya membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam selepas menerima LOD di platform media utama atau media sosialnya, dan ganti rugi RM1 juta atas kerosakan reputasi kami disebabkan hantarannya.

    Tambah Hafizah lagi, selain menanggung kerugian, pekerja-pekerja di syarikat berkenaan juga terkesan dengan tindakan pempengaruh itu.

    Kalau dia dah ikut tuntutan, kami teruskan dengan tuntutan RM1 juta itu kerana kerugian yang kami alami dan nama sudah tercemar. Ini sebagai pengajaran sebab ramai yang terkesan terutamanya pekerja-pekerja kami.

    Sementara itu, Hafizah turut menafikan dakwaan pihaknya telah menghantar invois berjumlah RM60,000 kepada Siti.

    Kami tak pernah hantar surat tawaran untuk menaja perkahwinannya atau memberi diskaun. Kami tak pernah berjumpa dengannya sendiri. Dia datang dan buat rakaman yang mana kami tak minta.

    Kami membuat sewaan dewan dan tak buat tempat ini sebagai lokasi perkahwinan percuma atau acara percuma sebab kami keluarkan modal besar.

    Invois yang dikeluarkan adalah daripada vendor yang juga pengurus acara, D Event Planner, yang mana, menguruskan acara ini. Kami berikan diskaun dalam pakej itu kepada D Event dan jumlah akhir yang dikeluarkan dalam invois adalah RM18,400, bukan RM60,000.

    Sementara itu, penasihat undang-undang The Dome BBK, Datuk Azar Irwan Arifin berkata, meskipun surat tuntuan telah diterima oleh pihak Siti Jamumall, namun sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang maklum balas.

    Kami sudah menghantar LOD pada 4 September dan pihak mereka sudah menerima surat itu pada 8 September. Namun, sehingga hari ini, kami masih belum menerima sebarang maklum balas.

    Kami berikan lagi masa seminggu kepada mereka. Bukan kami sengaja nak susahkan dia, tapi apa yang dilakukan sudah memberi kesan besar kepada nama baik syarikat.

    Bukan saja individu, syarikat juga berdepan dengan buli siber yang mana, mula menerima kritikan negatif serta penurunan dari sudut jualan.

    Di samping itu, ia juga turut memberi kesan kepada ratusan pekerja yang bekerja di dalam syarikat ini.

    Terdahulu, Siti Jamumall hadir ke lokasi The Dome BBK dan berjumpa dengan pengurus acara untuk mencari tempat bagi mengadakan majlis perkahwinannya. Namun, pihaknya didakwa membuat beberapa permintaan contohnya meminta penajaan lokasi.

    ALSO READ:  Sufi Rashid Syukur Mahkamah Perintah Rakan Niaga Bayar Ganti Rugi RM165K Projek Festival Muzik

    Namun, selepas beberapa perbincangan dan diskaun yang ditawarkan, tidak ada persetujuan daripada kedua-dua belah pihak dan Siti kemudian didakwa memuat naik video di media sosial menfitnah syarikat berkenaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts