Seorang individu tampil dengan tuduhan mengenai bekas anggota Dolla iaitu Syasya yang didakwa berbadan dua sebelum berumah tangga.
Jumpa di padang Mahsyar
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X, seorang individu mengeluarkan kenyataan mengenai bayi sulung Syasya.
Menurutnya, Syasya mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan Dolla setelah sah mengandung.
Jadi, Syasya mengandung semasa dia meninggalkan Dolla.
Dan perlu mengahwini ayah kepada bayi tersebut.
Syasya tidak mendiamkan diri sebaliknya menjawab di ruangan komen.
Good fitnah.
Jumpa di padang Mahsyar.
Untuk rekod, Syasya dan pasangan hati, Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April 2023.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.