Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSyasya Rizal Akhirnya Bersuara, Keluar Dolla Demi Kelangsungan Hidup – ‘Ia Adalah...

    Syasya Rizal Akhirnya Bersuara, Keluar Dolla Demi Kelangsungan Hidup – ‘Ia Adalah Keputusan Paling Sukar Dibuat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Setelah lama mendiamkan diri, bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal akhirnya bersuara mengenai tindakannya untuk keluar daripada kumpulan terkenal itu pada 8 April lalu.

    Keputusan paling sukar dibuat

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ? SYASYA RIZAL ? (@syasya.rzl)

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal menjelaskan tindakan keluar daripada Dolla merupakan satu keputusan yang paling sukar untuk dilakukannya.

    Namun, dia harus akur dengan keputusan tersebut meskipun terpaksa melukakan hati ramai pihak terutamanya para peminat Dolla.

    Saya tahu keputusan yang saya buat sedikit sebanyak buat ramai keliru, marah dan mungkin terguris perasaan.

    Namun takdir telah tertulis bahawa saya perlu membuat keputusan di saat paling sukar demi kelangsungan hidup.

    Saya tahu sebahagian peminat terluka dengan keputusan in tapi sejujurnya luka itu lebih besar untuk diri saya kerana perlu menerima dan melalui ketentuan ini.

    Meskipun sudah tidak lagi bersama Dolla, penyanyi berusia 23 tahun memaklumkan dia akan sentiasa memberikan sokongan padu buat ahli kumpulan yang lain.

    Untuk Dolla pula, saya sentiasa menyokong kerjaya kakak-kakak yang sudah bersama saya dari permulaan kerjaya.

    Dolla adalah segalanya dan sangat berharga buat saya.

    Impian untuk Dolla melangkah ke pentas antarabangsa masih saya sematkan dalam jiwa walaupun sudah tidak bersama dengan mereka lagi.

    Saya yakin kakak-kakak Dolla masih boleh meneruskan impian mereka dengan sokongan daripada peminat kami. Semangat saya sentiasa ada bersama mereka.

    Di akhir hantarannya, Syasya memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buatnya dan memaklumkan dirinya masih lagi individu yang sama seperti dulu.

    Terdahulu, Syasya dengan secara rasminya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada 8 April atas alasan peribadi.

    ALSO READ:  Muat Naik Foto Pakai Baju Lengan Panjang & Skirt, Netizen Puji Zizie Izette ‘Semakin Berusia, Semakin Menawan’

    Syasya kemudiannya melangsungkan majlis pernikahan dengan jejak pilihannya dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts