Suami kepada Syasya Rizal, Nasrullah tidak mengambil hati apabila ada segelintir netizen yang menyamakan wajahnya dengan salah satu watak yang terdapat dalam animasi Doraemon iaitu Nobita.
Mirip Nobita
Kata Nasrullah atau mesra dengan sapaan Nas, beberapa kenalan terdekat juga pernah memanggil dirinya dengan gelaran tersebut.
Kalau ada persamaan mesti saya sudah terkenal dari dulu (seloroh). Sebelum ini ada sahaja kawan-kawan atau kenalan terdekat yang panggil saya dengan gelaran Nobita. Tapi saya tidak kisah pun.
Nasrullah berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsinya yang berlangsung di Magic Hall Subang Jaya, pada Sabtu.
Sementara itu, Syasya berseloroh mengatakan wajah mirip Nobita antara sebab dia tertarik dengan suaminya memandangkan dirinya juga peminat animasi dari Jepun itu.
Itu juga adalah salah satu sebab saya tertarik dengan dia, sebab macam Nobita. Saya kan memang suka cerita Doraemon.
Jadi setiap kali tengok dia, mengingatkan saya dengan cerita Doraemon.
Imbas kembali, pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla dan difahamkan keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.
Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri. Hal itu, susulan foto pernikahan Syasya dan suami tersebar di media sosial.